Tuesday 30 April 2013

Budak 9 tahun bawa Ferrari di India,,


Gambar kanak-kanak berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari yang dikirim ke YouTube dan menimbulkan kemarahan di seluruh India. - Foto AGENSI

New Delhi: Polis di Kochi, negeri Kerala, selatan India berkata pihaknya sudah memfailkan dakwaan ke atas seorang bapa kerana membenarkan anak lelakinya berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari milik beliau.

Pegawai kanan polis, Inspektor M V Verghese berkata, bapa kanak-kanak itu, Mohammed Nisham didakwa dengan sengaja membahayakan nyawa kanak-kanak dan membenarkan budak bawah umur memandu kenderaan. 


Rai hari jadi 


Kejadian berlaku dua minggu lalu, ketika kanak-kanak itu menyambut hari jadinya yang ke sembilan. Dia memandu kereta terbabit bersama adik lelakinya berusia lima tahun.

Ketika si anak memandu, isteri Nisham, Amal membuat rakaman video sebelum disiarkan laman YouTube dan mencetuskan kemarahan orang ramai di seluruh India
Verghese berkata, Mohmmed Nisham adalah seorang usahawan termbakau dan hartanah yang memiliki 18 buah kereta bernilai kira-kira AS$4 juta (RM12.13 juta).

Beliau berkata besar kemungkinan pihaknya akan menyita kereta Ferrari itu sehingga kes berkenaan selesai.
Nisham membuat permohonan ikat jamin dan dinjangka hadir di balai polis tidak jauh dari rumahnya di Kochi.

Beliau dan isterinya bagaimanapun tidak berasa malu dengan insiden itu.

“Saya bangga dengan anak saya. Dia sudah pandai memandu kereta sejak berusia lima tahun ,” kata Amal.

Malah kata Amal, anak lelakinya pernah memandu kereta Lamborghini, Bentley dan beberapa kereta lain.

“Hari itu adalah hari jadinya dan meminta untuk memandu kereta itu sejak beberapa bulan lalu, kami membenarkannya. Dia sentiasa berwaspada dan yakin. Bukan mudah seorang kanak-kanak mempunyai keyakinan tinggi pada usia itu,” katanya. 


4 Sebab utama wanita puas dalam hubungan kelamin lebih cantik dan jelita



Dikatakan hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mula dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Menurut mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.

Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan seks kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Sebenarnya, terdapat beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.


Kitaran haid yang teratur 



Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.

Wajah berseri


Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?

Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.

Bentuk tubuh yang menarik 


Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian itu.

Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama.

Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

Hilangkan lenguh-lenguh badan



Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.

Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.

Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh.

Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.

hot 5 Aksesori Galaxy S4 v1


Samsung Galaxy S4 merupakan telefon pintar utama terkini dari Samsung, kehadiran Galaxy S4 sudah pasti akan keluarnya aksesori terbaik yang menyokong peranti terbaru ini. Pengguna yang telah membeli atau masih menempah mungkin akan mencari aksesori terbaik bagi mengandingkan penggunaan terhadap peranti terbaru mereka

Berikut adalah beberapa aksesori Samsung Galaxy S4 yang di jual beserta di halaman web mereka seperti S Band, S View Cover, Game Pad, Wireless Charging Cover dan Flip Cover.

S Band

Dapat mengesan pergerakan kita, kalori, jarak dan kualiti tidur dan mengesan kecergasan badan si pemakai disamping menyimpan segala statistik kedalam aplikasi Health 2.0 pada telefon pintar.

S View Cover


Dengan adanya penutup S View, membolehkan kita melihat segala maklumat yang masuk melalui ruang kecil yang terbuka di bahagian hadapan tanpa kita slide untuk membuka. Perlindungan ini juga membolehkan kita untuk menjawab panggilan dengan mudah.

Game Pad


Para pengguna yang memang benar kaki game boleh bergembira jika melihat aksesori ini kerana dengan adanya Bluetooth pad, permainan mudah alih ini mirip kepada pengawal seperti Xbox. Malah ianya mempunyai sistem dok untuk telefon pintar yang mungkin juga menyokong Galaxy Note 2.
Wireless Charging Cover


Aksesori terbaru mengecas telefon pintar kita tanpa menggunakan wayar adalah sebuah kelengkapan yang agak unik dan canggih, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana mengecas sesebuah telefon pintar tanpa wayar, bagaimana aliran elektrik itu bergerak? secara ringkasnya konsepnya sama seperti aliran gelombang wifi yang bergerak di persekitaran kita. Tetapi wireless charging ini masih memerlukan sokongan cover dan spekulasi terbaru yang pernah kami dengar mungkin Samsung akan bangunkan wireless charging tanpa sokongan cover pada masa akan datang.

Flip Cover


Flip Cover ini yang didatangkan untuk Galaxy S4 adalah mirip dengan Galaxy S3, oleh kerana Galaxy S4 ini adalah sangat nipis, jadi cadangan penggunaan Flip Cover adalah disarankan bagi memudahkan untuk kita memegang dan membawa kemana-mana. Flip Cover ini juga didatangkan dengan pelbagai warna mengikut personaliti si pemakai.

Inilah Wanita Paling Cantik Di China ???





Banyak orang kata kecantikan sifatnya relatif. Pendapat ini rupanya tidak dipersetujui media massa China.Model bernama Ai Shangzhen disebut-sebut mempunyai kecantikan yang sempurna seantero China. Pendapat ini merujuk kajian terperinci dengan meneliti saiz wajah dan tubuh gadis itu......


Laman divaasia.com melaporkan, Selasa (15/5), beberapa media infotainment China memetik data tubuh gadis 24 tahun ini. Hasilnya, wajahnya yang simetri dianggap ideal. Tinggi badannya 1.8 meter makin sempurna kerana ditunjang lingkar badan 90-60-90.
Shangzhen kini menjalani kerjaya sebagai Hos Rancangan televisyen dan pelakon. Perempuan dari Provinsi Chongqing ini sejak dua tahun terakhir malang melintang di industri permodelan Hong Kong.
Tersangat sempurnanya, banyak pihak menuding Shangzhen menjalani pembedahan plastik. Dia menilai orang yang menuduh demikian harus bertemu orang tuanya. “Para penuding harus melihat kedua-dua orang tua saya supaya tahu keaslian wajah ini,” ujar dia.
Perempuan lulusan Universiti Wuhan ini bahkan malu dengan keadaan tubuhnya. Shangzen mengaku sejak remaja merasa minder kerana mempunyai tubuh yang terlalu tinggi.
Toh, tuntutan kecantikan sempurna yang disebut-sebut media China tidak terlalu benar. Shangzhen nyatanya cuma jadi juara dua dalam pertandingan kecantikan Miss China pada 2008.



Sunday 28 April 2013

PENTING 6 Tanda-Tanda Rumah Berhantu Yang Perlu Anda Ketahui




Hantu, pasti anda sering mendengar kata yang satu ini. Hantu merupakan makhluk halus yang tidak boleh dilihat secara mata kasar oleh sembarangan orang. Pada umumnya, hantu sangat suka berada di tempat-tempat sepi, kotor, lembap, atau rumah kosong dan tidak terurus. Namun apa jadinya jika hantu tersebut singgah dan tinggal di rumah anda? Di bawah ini ada beberapa tanda bahawa rumah anda ada hantu :

1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.

2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.

3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk. Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya
kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.

4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami "gempa bumi dalam rumah" iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.

5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing.Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.

6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka ada di sekitar anda.

Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala.

Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahwa Allah akan selalu memberikan perlindungan kepada kita.

Boleh juga dengan menaburkan garam kasar.Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini.Sehinggakan rumah anda akan berbau
hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini.Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini. - fuh.my

Saturday 27 April 2013

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN MASUK MATRIKULASI KPM..



Apakah kelebihan kebaikan dan keburukan masuk matrikulasi KPM. Sebenarnya program matrikulasi lebih mendatangkan kebaikan berbanding keburukan. 

Matrikulasi adalah sebuah program pra Universiti atau program Foundation (Asasi) yang bukan senang untuk masuk. Hanya calon terpilih sahaja dapat memasuki program tersebut. Terdapat dua program yang ditawarkan iaitu program satu tahun dan dua tahun.

matrik

Kebaikan Masuk Matrikulasi

Harga yuran yang rendah
Hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja untuk memasuki martrikulasi. Tiada lagi cas yang tersembunyi kerana selebihnya ditanggung oleh kementerian pelajaran Malaysia.

1. Program Satu Tahun
- Sains/Teknikal – RM 550.00
- Perakaunan – RM 480.00

2. Program Dua Tahun
- RM 550.00 (tahun pertama)

3. Program Satu Tahun di Kolej MARA
- Sains – RM 500.00
- Perakaunan – RM 500.00

Tidak perlu hutang PTPTN
Yuran pengajian ditanggung oleh pihak KPM dan hanya perlu bayar yuran pendaftaran sahaja sekali dalam semur hidup. Tidak perlu membuat pinjaman PTPTN seperti di IPTS dan IPTA.

Masa Singkat Ambil Ijazah
Bagi program setahun, boleh ambil Ijazah setelah tamat pengajian matrikulasi dan menyambung Ijazah sarjana di IPTA. Pada umur yang muda, calon sudah berpeluang untuk mengambil Ijazah.

Mudah dapat tempat di IPTA
Setelah tamat matrikulasi, pelajar akan ditempatkan dimana-mana IPTA di Malaysia. Tidak perlu risau untuk mendapatkan tempat di IPTA kerana ianya memang untuk anda.

Elaun
Elaun bulanan akan diberikan kepada pelajar sama ada setiap semester mahupun setiap bulan.

Pembelajaran sistematik
Daya saingan yang maju kerana pelajar bersaing dalam kalangan pelajar yang bijaksana.

Keburukan Masuk Matrikulasi
Mata pelajaran Susah- Kalau masuk matrik, calon perlu bersedia dari fizikal dan mental kerana mata pelajaran yang ditawarkan agak mencabar fikiran dan minda.

Tekanan- Pelajar akan dibebani dengan pelbagai kerja rumah dan semua kena proses pembelajaran dalam tempoh yang singkat. Maklumlah, program cuma setahun.

wahh Kehangatan Suasana Samsung Galaxy S4



Semalam telah berlangsungnya perlancaran ketibaan Samsung Galaxy S4 di Malaysia yang dilakukan serentak diseluruh negara Malaysia dan juga beberapa negara luar negara. Itulah tarikh tarikh keramat 27 April 2013 yang telah dinantikan semua penggemar-penggemar Samsung di Malaysia. Tidak kurang juga dengan kehangatan kehadiran oleh artis-artis tempatan.





Beberapa bingkisan gambar di atas dipetik daripada Fan Page Samsung Mobile Malaysia yang berlangsung di Sunway Piramid.

Terdapat 4 syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan pelan untuk Samsung Galaxy S4 ini, dimana setiap pelan dan pembukaan harga adalah berbeza bergantung kepada pakej yang ditawarkan. Tetapi masih ada timbul beberapa persoalanan dimana penantian terhadapat model versi LTE I9505. Sebarang perkembangan terbaru akan kami maklumkan dari masa-kesemasa.

GEMPAR: Patutla Madey pun kena turun padang [Saksikan KENAPA puncanya





 

 
 
 
 
Tak payah tulis panjang berjela-jela. Tengok foto pun dah tau apa maknanya... Inilah program bersama Ust Azhar Idrus dan calon Pas/PR bagi Parlimen P125 Putrajaya, Husam Musa.

Perjumpaan diadakan di padang bola, loji pembersihan konsortium BASS, Presint 19, Putrajaya pada 27hb April 2013...

idea gila 17 PELAJAR SEKELAS HAMIL SERENTAK???






17 orang remaja perempuan yang belum pun genap usia 17 tahun dan masih lagi belajar di Gloucester High School di Massachusetts, Amerika Syarikat, bersepakat dengan idea gila mereka iaitu hamil secara serentak. Tidak hanya pejabat dan guru-guru, para ibu-bapa mereka pun tidak mengerti apa sebenarnya yang ada dalam benak fikiran kesemua remaja perempuan ini.


Bermula ketika selesai kem musim panas, mereka kembali meneruskan persekolahan dan disekolah itulah baru diketahuo mereka hamil secara serentak!. Uniknya dan lebih menggemparkan ialah mereka tidak hanya dari sekolah yang sama, kesemua gadis berusia kurang dari 16 tahun ini ternyata juga rakan sekelas!.
Hingga saat ini pejabat sekolah masih melakukan penyelidikan berapa umur ‘si ayah’ dan siapa saja ‘si ayah’ yang mengamilkan mereka. “Jika diketahui usia ‘ayah’ kepada bayi yang dikandung mereka berumur lebih dari 20 tahun, maka mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara kerana atas kesalahan membuat hubungan seks dengan gadis di bawah umur,” kata seorang petugas di sekolah itu.

Dari laporan yang disediakan, ternyata niat hamil secara bersama oleh kesemua 17 pelajar ini memang sudah mereka rancangkan terlebih dahulu. Malah rahsia mereka turut terbongkar, rupa-rupanya seluruh pelajar perempuan kelas berkenaan telah merancang dan sepakat untuk hamil namun yang benar-benar hamil hanya 17 orang pelajar sahaja. “Entah apa tujuannya tapi dari hasil ujian kehamilan yang dilakukan oleh pihak sekolah, kami menjumpai fenomena menyedihkan ini yang mana beberapa pelajar perempuan lain ada yang melahirkan rasa kecewa kerana mereka gagal hamil,” ujar staf sekolah itu.

Boleh jadi idea gila ini disebabkan peristiwa yang seringkali terjadi di Gloucester High School. Kerana setiap kali selesai sahaja parti akhir tahun sekolah, pihak sekolah akan mengadakan ujian kehamilan bagi seluruh pelajarnya. Perkara ini disebabkan kerana tercatat setiap tahun banyak pelajar perempuannya yang tidak boleh melanjutkan sesi persekolahan kerana alasan hamil di luar nikah. Namun peristiwa 17 pelajar yang hamil serentak kali ini benar-benar mengejutkan sehingga menjadi perbincangan dan tajuk berita media massa.

Friday 26 April 2013

Kisah Cristiano Ronaldo Menghampiri Islam..





Cristiano-Ronaldo-Mesut-Ozil-Real-Madrid-07Nov11

Ceritanya bermula daripada beliau mula membantu rakyat di Gaza dengan bantuan wang ringgit sebagai menderma hasil daripada gajinya yang tinggi itu. Ronaldo bagaimanapun enggan memberitahu jumlah dermaan tersebut.
Cerita mengenai beliau yang juga menolak untuk menukar jersey dengan pemain Israel dalam perlawanan kelayakan piala Dunia tempoh hari juga mendapat liputan meluas media. Ini dikatakan sebagai antara langkah memboikot Israel yang menyerang Gaza.
553275_456106334459542_501179668_n

Dan terkini, beliau dikatakan sudah mula cuba untuk menghafal surah al-fatihah dengan bantuan Mesut Ozil, pemain Real Madrid yang beragama islam. Dalam kenyataan lain pula, Ronaldo sering berehat diluar tempat berwuduk untuk mendengar Ozil mengaji Al-Quran dan kini beliau semakin tertarik dengan islam.
Mengikut statistik pula, Ronaldo akan menjejaki langkah beberapa pemain bola sepak islam ternama seperti Samir Nasri, Yaya Toure, Nicolas Anelka dan banyak lagi. Ronaldo juga antara pemain termuda yang menerima nilai gaji paling lumayan jika dibandingkan dengan pemain bola sepak yang beragama islam lain.
Cristiano Ronaldo dan Mesut Ozil juga kini merancang untuk membina masjid di Real Madrid untuk memudahkan umat islam di sana mengerjakan ibadah solat selain berdakwah secara langsung. Begitulah kuasa Allah, Dia berkuasa atas setiap apa yang Dia kehendaki. Sumber

7615_508817355826793_1594729000_n

Contengan: Sama-Sama kita doakan saudara baru dan seterusnya mampu menarik minat peminat Cristiano Ronaldo untuk memeluk Islam. Pengaruhnya cukup besar dalam arena bola sepak dunia.

sedih kanak-kanak buat kerja xsenonoh tepi jalan(13 gambar)



pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri.jaga dan kawal la anak-anak kerana mereka hak kita..bagai mana perangai ibu bapa begitu la perangai anak-anak..













P/s sedih pun ada kenapa kanak-kanak begini tidak di perhatikan dan diberi pendidikan

[INFO] 15 RAHSIA KEAJAIBAN KOTA SUCI MEKAH YANG PERLU DIKETAHUI ..





Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Penjara Di Arab Umpama Tempat Percutian Yang Selesa//



Penjenayah-penjenayah di arab sememangnya beruntung kerana mempunyai tempat tinggal yang selesa sekiranya dihukum penjara. Sesiapa yang tidak mempunyai tempat tinggal di Malaysia bolehlah pergi ke arab dan buat jenayah Hahaha! Sudah pasti anda mendapat kehidupan yang selesa di sana.

Penjara Di Arab Umpama Tempat Percutian Yang Selesa


Penjara Di Arab Umpama Tempat Percutian Yang Selesa

Penjara Di Arab Umpama Tempat Percutian Yang Selesa