Thursday 28 November 2013

Petua Melebatkan Rambut??


Petua Melebatkan Rambut
Selalu kita dengar rambut adalah mahkota bagi wanita. Tapi pada zaman ini, bukan saja wanita bahkan kaum adam juga mementingkan penjagaan dan gaya rambut. Memiliki rambut yang lebat menjadi idaman untuk semua.

Petua kali ini adalah petua berkaitan dengan rambut. Tentu anda risau jika mendapati rambut anda kurang subur dan mulai jarang-jarang. Semua jenis shampoo dan alat penjagaan rambut anda telah cuba, namun hasilnya tetap sama. Jangan runsing atau risau, kita boleh cuba cara tradisional.

Di sini, 1001petuakecantikan.blogspot.com akan memberi satu petua melebatkan rambut secara tradisional yang sangat mudah untuk diamalkan.


Petua Melebatkan Rambut
  1. Ambil 2 biji buah keras dan buang kulitnya.
  2. Bakar buah keras tersebut hingga hitam dan mengeluarkan minyak.
  3. Ambil minyak yang keluar kemudian lumurkan pada kepala.
  4. Buat cara ini beberapa kali sehingga nampak hasilnya.

Kahwin kerana telah diperkosa, kata bapa remaja cerai talak tiga ??



Nor Fazira Saad dan Mohd Fahmi Mohamed Alias ketika dinikahkan pada 17 November 2012. - gambar fail

KULIM:  “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,”

Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yangdiceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.

Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.

Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.

Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.

Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.

Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.

Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.

Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati.

Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

Monday 25 November 2013

Guru cantik ini diperkosa dan dibunuh murid sendiri..

Massachusetts - Seorang remaja lelaki di Massachusetts , Amerika Syarikat didakwa  kerana membunuh gurunya. Keji! remaja itu yang berusia 14 tahun juga sempat memperkosa gurunya.

Colleen Ritzer yang merupakan guru matematik di Danvers High School, Massachusettss dijumpai tak bernyawa di lapangan sekolah pada 24 Oktober lalu. Jasad wanita berusia 24 tahun ini ditemui dalam keadaan menyedihkan . Lehernya dikelar dengan pisau cukur dan bahagian wajahnya penuh luka lebam.

Hasil siasatan polis menunjukkan , pelaku pembunuhan adalah salah satu murid Rizter yang bernama Philip Chism . Minggu ini, Chism diadili atas dakwaan berlapis , mulai dari pembunuhan , rogol dan rompakan bersenjata .

Walau tergolong masih remaja, Chism diadili sebagai warga dewasa. Demikian seperti dilansir news.com.au , Jumaat ( 22/11/2013 ) .

Dokumen persidangan mendedahkan bahawa Chism awalnya merompak mangsa dan mengambil barang- barang berharga seperti kad kredit dan sebuah iPhone . Kemudian Chism membuka paksa seluar dalam mangsa dan memperkosanya . Setelah memperkosa , Chism yang bersenjatakan pisau cukur ini membunuh mangsa.

" Dakwaan menjelaskan tindakan mengerikan dan tak terungkapkan . Ini merupakan langkah awal dalam proses undang-undang yang panjang demi menegakkan keadilan bagi Rizter dan keluarganya, " ujar pendakwa daerah Essex County Jonathon Blodgett .

Menurut dokumen persidangan, Chism sengaja mengikuti Rizter hingga ke dalam tandas. Di dalam tandas tersebut Chism kemudian melakukan perbuatan kejinya . Beberapa saat kemudian , Chism membawa tubuh gurunya tersebut keluar dengan menggunakan tong sampah.

Gerak-geri mencurigakan Chism terakam kamera CCTV yang ada di sekolah tersebut. Dia pun akhirnya ditangkap.

KEJAM SUNGGUH..SIAT BULU ARNAB



BEIJING - CHINA . Penternak arnab di China sanggup bertindak zalim menyiat bulu haiwan itu demi keuntungan berganda.

Dalam keadaan kaki dan tangan diikat, bulu arnab disiat dua hingga tiga bulan sekali. Selepas itu, arnab dibiarkan pulih dalam sangkar kotor hingga ada yang terkena jangkitan.

Pengarah hak asasi haiwan Peta Britain Mimi Bekhechi berkata, arnab berusia dua dan lima tahun dibunuh jika bulunya tidak tumbuh.

"Kami memboikot baju sejuk atau selendang tertulis angora," katanya.
 





maksud Gigit Bibir???



MENGGIGIT BIBIR, MEMBASAHINYA atau sedikit GERAKKAN sering kali dilakukan oleh kaum HAWA… bagi lelaki yg tidak memahami maksud disebalik perbuatan itu akan menganggap perbuatan itu satu cara biasa dilakukan oleh wanita untuk membasahi bibirnya… tetapi sekiranya korang tahu, pasti korang akan cepat-cepat mendapatkan pasangan saat-saat itu juga..

Sebenarnya sikap wanita yangg suka menggigit bibir, membasahinya serta sedikit gerakkan bibir di hadapan lelaki mengundang banyak MAKNA. Ini termaksuklah, Dia mengajak korang melakukan hubungan SEKSUAL di saat itu juga.

Jika korang sedang berbicara dengannya, tiba-tiba dia seakan-akan malu, menggigit bibirnya, mengulum dan membasahi bibirnya, sebenarnya kekasih atau isteri korang seorang penggoda yang berani. Ini kerana, dia sedikit pun tidak berasa malu untuk menggoda dan menarik perhatian korang. Malah mereka juga tidak ragu-ragu sebaliknya mahir menunjukkan ekspresi muka untuk menarik bicara lawannya.

Selain mengajak pasangan korang melakukan hubungan intim melalui basahan bibir, sebenarnya ia juga salah satu untuk dia meminta maaf atau meminta pertolongan dari korang dengan harapan korang benar-benar menolongnya tanpa mengatakan TIDAK.

Bagi wanita, dia mahu menarik simpati pasangannya apatah lagi jika dia telah melakukan perbuatan yang benar-benar menyakiti hati korang pasangan hidupnya.

Namun perlu korang perhatikan, jika gigitan bibir itu disertai dengan ekspresi wajah yang agak ghairah, ertinya si dia ingin membangkitkan ghairah korang. Pelbagai gaya di wajahnya juga mampu membuat korang tersenyum…

Oleh sebab itu, wanita yang sering berkelakuan begini tidak akan rasa takut atau ragu-ragu menyatakan kekagumannya pada korang. Jadi, kalau isteri korang MEMBASAHI BIBIRNYA, MENGULUM, senyuman seakan menggoda, pastikan korang BERSIAP SEDIA untuk acara PEMANASAN badan dan kemudiannya, iringi dia ke kamar tidur dengan menikmati malam yang INDAH… GOOD LUCK!

Sunday 17 November 2013

APA YANG DIORANG TENGOK SEBENARNYA??? //




Itu persoalan yang SH masih lagi tertanya - tanya. Apa yang orang tengok sebenarnya? Takkan mata dan minda diorang hanya tertumpu pada satu 'subjek' je.

Jika semalam isu berkaitan dengan gambar Diana Danielle tu menjadi persoalan. Kali ini gambar yang dimuat-naik oleh Neldia Senrose pulak jadi isu.

Setakat letak gambar bahu dalam Instagram pun orang boleh kritik dan jadikan ianya satu isu yang panas? Tengok bahu pun orang boleh jadi 'Ghairah'? Pelik sungguh!!!

Baca penjelasan yang dibuat oleh Neldia mengenai isu tersebut dibawah: 

"Gambar itu bukan gambar saya. Subjek utama gambar tersebut adalah pemandangan laut. 

"Tapi semasa saya nak ambil gambar tersebut, kebetulan ada seorang wanita ‘mat saleh’ berpakaian bikini di hadapan saya, jadi takkanlah saya nak suruh dia beralih ke tepi. 

Itu bukan gambar saya, saya bukan sebegitu dan saya tahu had saya,” jelas Nelydia yang mula menceburkan diri dalam dunia hiburan menerusi drama bersiri Spa-Q.


Tinggal lagi apa yang nak diherankan sangat. Inilah nasib kita yang hidup dalam dunia persepsi hari ini. Macam - macam cerita orang boleh buat. Tengok bahu pun boleh naikkan rasa ghairah. Lemah sungguh la kalau macam tu!!!

5 Tips Untuk Mencegah Penyakit Gout




Anda seorang pesakit Gout? Bukan seorang pesakit gout? Bukan seorang pesakit gout pun boleh baca untuk tambahkan ilmu kan...Untuk seorng pesakit gout mereka  sedaya upaya untuk mengawal cara pemakanan harian mereka demi mengelakkan serangan Gout yang Sungguh Menyakitkan! Ini tak boleh makan, itu tak boleh makan. Ini hanya akan menimbulkan tekanan jiwa  dan mental. Adakah mereka perlu hidup begitu SUSAH selama-lamanya?Mari kita kenali dulu apa itu gout..Selalu kita dengar je kan tapi tidak tahu pun apa tu gout...

Apa itu sakit GOUT ?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. 

 Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. 

Tanda Gout :

1- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. 
2- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. 


3- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. 
4- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. 
5- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. 
6- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. 
7- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. 








Makanan yang harus dielakkan pesakit gout :

1. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak

2. Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin 





3. Daging cincang 


4. Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging 
5. Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang 






Makanan yang harus dikurangkan oleh pesakit gout :

1. Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam 
2. Peanuts, lentil, beans and peas 
3. Poultry 
4. Roti jagung dan bijirin 

5 Tips mencegah gout :

1- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal 
2- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout 
3- Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan. 
4- Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout. 
5- Minum banyak air 


Vitamin yang disyorkan untuk anda-anda di luar sana yang mengalami sakit gout ini ialah..


1) VITAMIN C 

- untuk mengurangkan uric acid di dalam badan, sekurang-kurangnya perlu ambil 3 biji sehari, iaitu 1500mg.

2) ALFALFA 

- Punca vitamin dan mineral yang diperlukan badan.Ini dapat mengurangkan pembentukan baru uric acid serta menyah toksin dari badan secara semulajadi dan selamat.

3) OMEGA GUARD 

-Mengurangkan dan mengelakkan inflammatory (bengkak) pada anggota yang terkena serangan GOUT serta memberi keselesaan pada sendi..

4) PERFORMANCE DRINK 

- memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate (perlu juga minum air masak/air putih dalam kuantiti sedikit tetapi kerap)

Pengambilan air + lemon secara berterusan juga boleh mengurangkan kadar uric acid di dalam badan.

AKSI 'RANJANG' AGENDA PENTING APA KEJADAHNYA!!! ?


B


Kadang - kadang tak faham jugak masalah orang kita ni. Benda yang tak sepatutnya ditayang boleh jadi agenda penting menda kejadahnya.

Tak mendatangkan faedah lansung. Bila ada pengecualian macam ni, nampak sangat la ada kepincangan dalam sistem sedia ada. Hak itu pun diorang tak boleh nak fikir jugak ke!!!

Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su yang ditonjolkan dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob merupakan adegan penting yang mampu menyokong jalan cerita filem tersebut.

Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.

"Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita.

"Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," katanya pada sidang media pelancaran lagu tema filem Laga di Menara Kuala Lumpur, di sini, Selasa.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas tentang treler filem Laga yang ada memaparkan aksi panas antara pelakon Marsha dan Wan Hanafi Su.

Adegan tersebut menunjukkan beberapa perlakuan suami-isteri yang sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus kepada lakonan untuk melakukan hubungan intim.

Tambah Ismail, beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu.

"Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan.

"Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri," katanya.

Filem Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.

Gambar Guru Besar Buat Seks Dengan Pelajar Tersebar /




Minggu ini sahaja, beberapa keping gambar aksi seks seorang pengetua sekolah menengah di China dari wilayah Guangxi yang dikenali sebagai Mo Peng tersebar di internet.



Foto-foto berkenaan memperlihatkan aksi Mo Peng memeluk pelajar perempuan yang juga dalam keadaan bogel hingga menyebabkan masyarakat umum menjadi marah.

Individu yang memuatnaik gambar tersebut menuduh Mo Peng menyalahgunakan kuasanya

dengan mengambil kesempatan ke atas 18 orang pelajar perempuan serta menggelapkan wang hampir 4,960,000 RMB (RM 2.4 juta).

Difahamkan Tindakan Biro aduan pendidikan tempatan telah mengumumkan Mo Peng telah dipecat dari jawatannya dan siasatan sedang dijalankan.

Muslihat suami baru ??



Kuala Lumpur: Seorang wanita beranak satu kini meringkuk dalam penjara di Thailand dan berdepan hukuman penjara seumur hidup, didakwa akibat diperdaya suami baru yang menjadikannya keldai dadah.

Norzawati Ramli, 36, dari Kampung Bukit Merah, Tanah Merah, Kelantan yang baru berkahwin tiga bulan dengan suami barunya warga Thailand ditahan polis negara itu kerana dikatakan memiliki 26 kilogram dadah jenis syabu.


Sumber berkata, ketika kejadian itu, mangsa yang baru berkahwin dibawa ke Hatyai oleh suaminya untuk berbulan madu. Menurutnya, mangsa ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Hatyai, 14 Mei lalu dan kini ditempatkan dalam tahanan di Penjara Wanita Ngam Wong Wan, Bangkok. “Nasib mangsa masih belum diketahui berikutan kesnya masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Thailand,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber itu berkata, mangsa ditahan selepas suaminya dicekup di lokasi berasingan memaklumkan kepada polis dadah yang ditemui bersamanya dalam serbuan itu bukan miliknya sebaliknya ia milik mangsa.


Menurutnya, suami mangsa sebelum ini memberitahu dia bekerja sebagai kontraktor mendapat kontrak membawa kereta baru dari Bangkok ke Hatyai.


Sementara itu, adik mangsa, Nordiana, 29, yang dihubungi Harian Metro berkata, kakaknya yang dipanggil Kak Long berkahwin dengan lelaki Thailand itu sebaik saja habis tempoh edah bercerai dengan suami terdahulu.

“Ketika ayah berjumpanya di penjara, Kak Long meraung dan merayu ayah membantunya kerana dia tak tahu apa-apa berkaitan dadah yang dikatakan miliknya,” katanya.


“Kak Long juga sedih dan mengaku memang berdosa kerana sebelum ini dia tidak mendengar nasihat orang tua kami,” katanya.

Menurutnya, pada Mei lalu iaitu selepas tiga bulan berkahwin, Kak Long membawa anak tunggalnya berusia 10 tahun untuk dijaga sementara oleh emak sebab dia mahu mengikut suami barunya bercuti di Thailand sambil bekerja.


“Kak Long memberitahu suami barunya itu dapat kontrak membawa kenderaan baru dari Bangkok untuk dihantar ke Hatyai.


un, selepas 10 hari berada di Thailand, kami terkejut apabila mendapat panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan Kak Long ditangkap di Hatyai berkaitan kes dadah,” katanya.


“Lelaki itu memberitahu Kak Long kini ditahan di penjara ‘Womens Correctional Institution’ di Lardyao, Chatujak, Bangkok,” katanya.


Nordiana mendakwa, selepas penahanan kakaknya terbongkar dan kecoh, baru mereka sekeluarga mendapat tahu daripada jiran kak long selalu dipukul suami barunya itu termasuk pada malam pemergian sebelum bertolak ke Thailand.


Beliau berkata, ayahnya, Ramli Daud, 60, berusaha mencari wang dan pergi ke Thailand untuk berjumpa dengan Norzawati di penjara berkenaan. “Menurut peguam, Kak Long ditahan berseorangan di dalam bilik hotel tanpa dadah berkenaan dan ia susulan penahanan lima lelaki termasuk suaminya di lokasi lain.


“Bagaimanapun, suami Kak Long mendakwa dadah dirampas itu milik Kak Long,” katanya.


Menurutnya, sebelum ini ayah dan ibu mereka, Rahimah Taib, 61, memang tidak merestui perkahwinan Kak Long dengan suami barunya itu, tetapi mereka tetap meneruskan pernikahan di Selatan Thailand.


“Kak Long berkenalan dengan suaminya itu yang bekerja kontrak di kampung kami,” katanya.


Nordiana berkata, kali terakhir keluarga menerima surat daripada Kak Long sebelum Ramadan lalu. “Dia rindu nak balik, dia nak sujud di kaki emak dan ayah, malah terlalu rindu nak peluk anak perempuan tunggalnya. “Saya kasihan nasib anaknya itu. Kawan-kawan mengata sedangkan ibunya dianiaya suami sendiri menjadi keldai dadah.


“Saya sekeluarga mohon mana-mana pihak dapat membantu kakak saya,” katanya.


Sementara itu, Konsular Kedutaan Besar Malaysia di Thailand Roszaini Che Pee ketika dihubungi berkata, dia dimaklumkan perbicaraan kes Norzawati belum diputuskan Mahkamah Keadilan di Ratchadaphisek, Bangkok.


Dalam perkembangan berkaitan, Roszaini berkata, seramai 408 banduan rakyat Malaysia dipenjarakan di Thailand dan lebih 90 peratus membabitkan kes dadah manakala bakinya berkaitan penipuan kad kredit.
--Hmetro

KESAN LAMBUNG BAYI


Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

http://lh3.ggpht.com/-kHL8rhYrnGg/UGkd7aGocFI/AAAAAAAAo3s/q3ruGJOxNqQ/lambung_thumb.jpg?imgmax=800 

Sejak dulu lagi lambung bayi ini dah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa untuk bergurau dengan anak anak. Memang boleh bergurau tetapi ada hadnya. Janganlah hendak bergurau sampai menjejaskan kesihatan bayi anda.

Ibu bapa perlu mengambil perhatian tentang perkara ini. Kalau tidak ibu bapa , pasti ada adik beradik yang ingin lambung bayi. Jadi, sebagai ibu bapa kita perlu menasihati mereka demi kesihatan bayi.


KESAN LAMBUNG BAYI

Ini perkongsian dari Blogger Innanie Ariffin.

Selain itu, kesan melambung atau menggoncang bayi boleh menyebabkan SBS. SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain. 
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa. 
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi. 
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

Cara mencegah Penyakit SBS 

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Heboh! Foto bogel polis wanita cantik tersebar ..





Jakarta : Gambar bogel mirip polwan (polis wanita) merangkap setiausaha peribadi ( Sespri ) Kapolda (kepala kepolisian daerah) Lampung bernama RS beredar di jejaring sosial Facebook . Foto tersebut diduga diambil sendiri oleh RS .

Ada tiga foto yang memaparkan tubuh perempuan itu. Tidak ada seutas benang pun yang melekat di tubuhnya.


 Bila diamati , foto -foto tersebut tampak diambil dengan sengaja menggunakan telefon bimbit . Hal itu terlihat dengan pose yang dipaparkan.

Perempuan dalam foto itu tampak menggenggam handphone berbalut getah keselamatan yang dia rakamkan melalui cermin. Sementara dua foto lainnya terlihat dalam kedudukan berbaring di atas ranjang di dalam sebuah bilik .


Di salah satu foto yang diambil melalui cermin, di belakangnya terlihat seragam dinas kepolisian yang tergantung.

Tidak begitu jelas pangkat yang terlihat, antara Brigadier Satu atau Brigadier . Begitu pula dengan lambang satuan Polda (polis daerah) wilayah tidak kelihatan .

Khabar beredar menyebutkan bahawa perempuan dalam foto itu diduga adalah polwan  dari Polda Lampung berinisial RS . Dia berkhidmat sebagai Setiausaha peribadi (Sespri) Kapolda Lampung Brigjen Heru winarko .

Foto- foto tersebut mulanya tersebar di jejaring sosial. Namun saat ini , foto- foto itu sudah tidak kelihatan lagi di akaun Facebook itu .

Wednesday 13 November 2013

5 Sebab Movie Atau Drama Itu Laku???


Assalamualikum,
Amacam hari ni? Hope semua sihat disamping tersayang icon smile 5 Sebab Movie Atau Drama Itu Laku . Minggu lepas berakhirlah ‘drama petang-petang‘  Love You Mr Arrogant. Tak sangka saya yang ganas ni pun terjebak nak tengok cerita ni. Actually saya nak tengok cerita ni bukan sebab Zya Zara pun tapi sebab watak Khairi Azlee icon smile 5 Sebab Movie Atau Drama Itu Laku .
sFilem 5 Sebab Movie Atau Drama Itu Laku
Sesebuah filem atau drama TV tu laku bukan sebab stesen TV atau panggung yang menyiarkan tu ada nama besar even kalau TV1 bikin cerita tapi kalau 5 unsur ni ada maka cerita tu tetap boleh tarik penonton.

1. Tajuk
First impression penonton ialah pada tajuk. Kalau tajuk tu biasa-biasa ataupun mengarut comfirm sah2. Tak percaya? Ok SSID atau nama penuh cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia top sebab tajuk dia jugak. Kenapa? Sebab menarik dan menimbulkan pertanyaa lalu orang nak tengok. Orang nak tau maksud disebalik ayat tu. Cuba tukar Saya Memang Isteri Dia. Tajuk je dah puiiihhh. Tu belum lagi tajuk cerita drama terbaru TV3. Drama macam tu pun ada eh? haha.. Lagi satu cuba bezakan KL Gangster 2 dengan DAMPAK…
2. Pelakon
Ni sangat penting. Sebenarnya tak payah letak pelakon star pun filem atau drama itu boleh top janji watak tu kena. Tak percaya. Cuba kalau letak pelakon perempuan ceritaLYMA (ambil short form jelah) dari Zya Zara kepada Yana Samsudin. Macam tak kena je …Macam tak kena je… So kat situ pemilihan pelakon tu penting.
3. Jalan Cerita
Ni antara faktor terpenting. Kalau letak pelakon best macam Harun Ajiz tapi jalan cerita sampah baik tak payah tayang. Buat orang sakit hati je. Dari elok-elok boleh untung tapi sebab jalan cerita sucks terus jahanam nak bayar pelakon pun xmampu. Banyaklah filem dan drama melayu yang macam ni tapi yang peliknya masuk tv pulak tu.
4. Sound Track
Sound track atau runut bunyi ni pun satu elemen besar yang boleh buat filem atau drama tu jadi best. Kenapa penting? Sebab Sound Track tu lah akan buat penonton ingat cerita tu. Sound track pun nak kena matching dengan jalan cerita. Tak bolehlah nak ikut sedap tekak sendiri je. Antara cerita yang tak kena dengan sound track macam cerita ‘Demi Dia‘ memang tak kena langsung dengan jalan cerita yang sepatutnya. Dah la pelakon diapun xkena.
5. Skrip
Yang ni kalau dalam filem kurang sangat pentingnya tapi dalam drama memang penting. Kenapa? Sebab most of drama Melayu alaf baru adalah cerita dari novel. So kalau skrip diolah tak menarik makan efek dia pada lakonan pelakon. Letaklah pelakon hot macam Lana Nordin sekalipun kalau skrip jahanam orang tengok sekali je.
Ni just pendapat saya sebagai seorang penonton bukan sebagai seorang yang sangat arif dalam perfileman atau pendramaan (ada ke istilah ni?). Saya saya setiap penonton pun lebih kurang sama je kot. Tapi yang pelik drama-drama atau filem yang terhasil zaman sekarang ni hanya ikut tekak producer dan pengarah je. Banyak cerita yang terhasil tak menarik pun bagi peminat tapi tetap keluar dan ditayangkan sebab $$$. Pastu bila tak balik modal salahkan penonton tak support industri temoatan padahal cerita dia sampah! icon smile 5 Sebab Movie Atau Drama Itu Laku . Apa kata korang pulak kasi pendapat apa yang lack atau apa yang boleh buat filem atau drama dalam Malaysia ni dapat rating tinggi…

Apa Benar Jolly Shandy MEMABUKKAN???..


Sebelum ni dah banyak pesanan-pesanan yang di buat oleh rakan-rakan blog tentang minuman Jolly Shandy ni yang di katakan mempunyai kandungan Alkohol.Jadi macam biasa bila sebut ada alkohol ja sudah pasti umat Islam tidak boleh hampir apatah lagi meneguknya.

Nak di jadikan cerita semalam waktu berjumpa dengan beberapa orang rakan isu ini di perkatakan.Dan MMI agak terkejut kerana dalam perjumpaan itu yang terdiri daripada mereka-mereka yang berbeza had umurnya boleh pula berdebat tentang soal halal haramnya.

Ish kenapa sampai ke tahap tu , kalau dah nama ada alkohol tu jangan ambillah belambak lagi minuman lain yang boleh di minum.

Tapi inilah realiti kehidupan masyarakat kita sekarang perkara-perkara yang semacam ni kadang-kalanya di buat main-main sahaja.

Salah seorang yang banyak bercakap semalam (umur dalam lingkungan 20an) berkata minuman semacam ni tak ada hal pun sebabnya kandungan alkoholnya 1% ja dan sudah pasti ianya tidak MEMABUKKAN.

Malah dengan kandungan 1% itu sudah pasti ianya tidak MEMABUKKAN jadi kalau dalam istilah ARAK ni HARAM bila ianya MEMABUKKAN kalau tak MABUK maka ianya tak HARAM !

Mak ai !! Sampai macam tu sekali , terfikir MMI apa punya agama budak ni ??

Namun ianya berakhir kemudiannya apabila ramai di kalangan kawan-kawan semalam memperbetulkan pemahaman si budak tadi.

Akhirnya si budak mengaku , saya bukan bermaksud sedemikian cumanya inilah sebahagian daripada perkara dan solan-soalan yang sering di gunapakai oleh sebahagian daripada anak muda kita di luar sana yang sering menjadikan hal-hal sebegini untuk membolehkan mereka terus hanyut.

Ish kalau benar apa yang di katakan oleh si budak tadi maka ianya amat membahayakan.Malah MMI ada membuat sedikit pencarian di google dan ternyata minuman Jolly Shandy ini sudah berada di pasaran sejak 2007.