Saturday, 27 April 2013

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN MASUK MATRIKULASI KPM..



Apakah kelebihan kebaikan dan keburukan masuk matrikulasi KPM. Sebenarnya program matrikulasi lebih mendatangkan kebaikan berbanding keburukan. 

Matrikulasi adalah sebuah program pra Universiti atau program Foundation (Asasi) yang bukan senang untuk masuk. Hanya calon terpilih sahaja dapat memasuki program tersebut. Terdapat dua program yang ditawarkan iaitu program satu tahun dan dua tahun.

matrik

Kebaikan Masuk Matrikulasi

Harga yuran yang rendah
Hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja untuk memasuki martrikulasi. Tiada lagi cas yang tersembunyi kerana selebihnya ditanggung oleh kementerian pelajaran Malaysia.

1. Program Satu Tahun
- Sains/Teknikal – RM 550.00
- Perakaunan – RM 480.00

2. Program Dua Tahun
- RM 550.00 (tahun pertama)

3. Program Satu Tahun di Kolej MARA
- Sains – RM 500.00
- Perakaunan – RM 500.00

Tidak perlu hutang PTPTN
Yuran pengajian ditanggung oleh pihak KPM dan hanya perlu bayar yuran pendaftaran sahaja sekali dalam semur hidup. Tidak perlu membuat pinjaman PTPTN seperti di IPTS dan IPTA.

Masa Singkat Ambil Ijazah
Bagi program setahun, boleh ambil Ijazah setelah tamat pengajian matrikulasi dan menyambung Ijazah sarjana di IPTA. Pada umur yang muda, calon sudah berpeluang untuk mengambil Ijazah.

Mudah dapat tempat di IPTA
Setelah tamat matrikulasi, pelajar akan ditempatkan dimana-mana IPTA di Malaysia. Tidak perlu risau untuk mendapatkan tempat di IPTA kerana ianya memang untuk anda.

Elaun
Elaun bulanan akan diberikan kepada pelajar sama ada setiap semester mahupun setiap bulan.

Pembelajaran sistematik
Daya saingan yang maju kerana pelajar bersaing dalam kalangan pelajar yang bijaksana.

Keburukan Masuk Matrikulasi
Mata pelajaran Susah- Kalau masuk matrik, calon perlu bersedia dari fizikal dan mental kerana mata pelajaran yang ditawarkan agak mencabar fikiran dan minda.

Tekanan- Pelajar akan dibebani dengan pelbagai kerja rumah dan semua kena proses pembelajaran dalam tempoh yang singkat. Maklumlah, program cuma setahun.

No comments:

Post a Comment