Friday, 13 June 2014

world cup 2014

Assalamualaikum w.b.t
Korang tengok tak perlawanan antara Brazil dengan Croatia semalam? Ini adalah buat pertama kalinya aku menonton World Cup untuk perlawanan yang pertama. Dulu mana ada Astro. Setakat pakai aerial biasa ditambah pula siaran tak bagus. Memang tak ada peluang nak tengok. Tapi walaupun ada Astro kat rumah yang baru pasang, masih tengok bola kat TV1 dan TV2. Tak langgan pun siaran Astro Supersport.
Marcelo First Own Goal
Apa-apa pun tahniah pada skuad favorite aku iaitu Brazil menang perlawanan pertama bertemu Croatia. Masa Marcelo buat gol sendiri dah macam tak ada harapan je. Nak pula Croatia sentiasa beri tekanan siapa yang bawa bola lagi la macam tak ada peluang nak menang.
Brazil Won First Match Against Croatia
Tiba-tiba corak permainan Brazil berubah, Marcelo kerap dapat bola dan bawa ke atas. Neymar pula turun sama bantu pemain pertahanan. Tapi pujian seharusnya diberi pada Oscar sebab banyak buat gerakan cantik dan hantaran yang bagus.  Sekaligus memberi kemenangan 3 –1 buat Brazil. Comeback yang terbaik.
Tiga Perlawanan Berlangsung Esok Pagi 14 June 2014
Untuk esok pagi pula, ada tiga perlawanan diadakan pada hari yang sama tapi berbeza waktu. Rabak la mata esok pagi nak layan semuanya. Tapi agak kecewa sedikit disebabkan TV1 hanya menayangkan Spain dan Netherlands saja. Nasib baik siarkan dua top team ni. Nak tengok online memang dalam harapan la. Intenet pun perlahan mengalahkan siput sedut.
2014 FIFA World Cup Brazil Schedule on 14 June 2014
Rasanya malam ni kena usha-usha tempat nak tengok bola. Mana tahu dapat tengok perlawanan antara Mexico dan Cameroon dan juga Chile dan Australia. Alang-alang sebat tengok tiga perlawanan sekaligus. Tapi perlawanan tumpuan sudah semestinya antara Spain dan Netherlands. Kedua pasukan memiliki pemain yang berkualiti tinggi.

Salam Nisfu Sya'ban...



Salam nisfu syaaban..semoga Allah mengapuni dosa kita, dipanjangkan umur dengan sihat, diluaskan rezeki dan sentiasa didalam taufik hidayah serta rahmat dari NYA..amin.


Dipetik dari blog raudahtuljannah-mujahidah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Malam Nisfu Syaaban, kita disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman:“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”    (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Terdapat beberapa riwayat lain yang menyatakan kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Antaranya;
C. Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.).
D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.

SOLAT SUNAT MUTLAQ (NISFU SYAABAN)
Solat sunat Nisfu Syaaban dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

Cara Mengerjakannya

1.  Lafaz niat:
Daku solat sunat malam Nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
.
4.  Setiap kali sujud, selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa:
.5.  Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin tiga kali (sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak) dengan niat supaya Allah memanjangkan umur, menambah rezeki serta menetap dan meningkatkan iman.
6.  Akhir sekali, bacalah doa Nisfu Syaaban.
Maknanya;
 Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.

Kemalangan: Ratu cantik Indonesia meninggal dunia ???




Rizka Ismalia Putri
JAKARTA - INDONESIA. Miss Jakarta 2004, Rizka Ismalia Putri Iskandar meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di jalan tol Kamal di Jakarta Utara pada Khamis.

Ketua Unit Kemalangan di subdirektorat penguatkuasaan undang-undang polis bandar raya, Miyanto berkata Rizka, 31, dan suaminya, Aldico Juniarto sedang dalam perjalanan dengan teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk menaiki penerbangan ke Malaysia.

"Pemandu teksi itu dikatakan hilang tumpuan dan gagal mengawal kenderaannya," kata Miyanto seperti yang dipetik Kompas.com pada Khamis.


Beliau berkata teksi itu melanggar sebuah trak yang diletak di tepi jalan, kemudian melanggar pula sebuah Honda CRV sebelum merempuh sekatan jalan konkrit.


Aldico dan pemandu teksi, Eko Yulianto terselamat dalam kemalangan itu dan dikejarkan ke Hospital Atmajaya di Pluit.


Seorang doktor dari Hospital Atmajaya, Andri P, berkata Eko kini menjalani rawatan kerana kecederaan saraf tunjang yang teruk

Monday, 20 January 2014

4 hal seorang muslim harus melakukan hal ini sebelum tidur??





Rasulullah berpesan kepada Siti Aisyah r.a: Ya, Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam Al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah.
Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika ?“

Rasul tersenyum dan bersabda :
1. Jika engkau akan tidur, membacalah surat al-Ikhlas tiga kali.
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran. Bismillaahirroh­ maanirrohiim . “Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad­ ‘ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x)”

2. Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku.
Maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrah­ maanirrahiim . Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad (3x).

3. “Beristighfarla­h” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau. “Astaghfirullaa­ hal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x).

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir”.
Maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. Bismillaahirrah­ maanirrahiim .
Subhanallaahi Walhamdulillaah­ i walaailaaha illallaahu allaahu akbar (3x).

Wallahu a’lam bishawab.

SUBHANALLAH !! Al-Quran Terbang Dan Melekat Di Kaabah! ..



Ketika jemaah di Mekah sedang khusyu’ melakukan ibadah, tiba-tiba dikatakan terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di Kaabah.

Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.

Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. (Petikan Warta Perdana)

Wanita melayu kemaruk seks pak hitam !!



Dalam keadaan separuh bogel, mengenakan seluar ketat biru kusam yang pendek hanya melepasi lengkuk punggungnya dan singlet menampakkan lengan dan sebahagian dada, apabila berhadapan.

Wajahnya cantik bersih, mempunyai iras pelakon popular tempatan. Alis matanya halus terbentuk, hidungnya mancung, bibirnya tebal, namun sepadan dengan ukuran mukanya, anak matanya berwarna coklat cair dan rambut ikalnya diwarnakan perang sedikit.

Ukuran tubuhnya setinggi kira kira 1.6 meter juga kelihatan sempurna. Tidak terlalu kurus bak model "catwalk" antarabangsa yang hampir hilang ciri kewanitaan mereka.

Dia ditemui sedang mengerekot meniarap menyembabkan mukanya diatas tilam bersaiz permaisuri usang berdaki tanpa alas, sambil kedua tangannya menekan kepala sendiri kebawah, seolah olah malu dunia mahu menelannya.
Berada pula di dalam bilik berselerak bersama seorang lelaki Afrika yang wajahnya langsung tak ubah macam babon. Ditambah dengan kehadiran sembilan lagi lelaki Afrika lain di ruang tamu apartmen tiga bilik itu. Hanya apabila dia diarahkan bangun menyarungkan pakaian sopan sebelum anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen meminta dokumen pengenalannya, barulah disedari dia adalah seorang gadis melayu yang berusia 24 tahun berasal dari Petaling Jaya.

Terkedu. Saya serta beberapa anggota penguatkuasa yang melakukan operasi pemeriksaan warga asing terdiam. Suasana sepi seketika lebih lebih lagi apabila melihat gambarnya yang manis bertudung di dalam kad pengenalan.

Ketika dia mengambil anak tudung Syria berwarna hijau pucuk pisang dari beg sandangnya, dalam keadaan separa sedar spontan terkeluar pertanyaan dari mulut saya: "Kau pakai tudung dik (adik)?

Selamba juga dia mengiakan, sebelum terkesima. Mungkin menyedari penampilannya sebenarnya yang bertudung sangat ironi dengan situasi itu - ditangkap berkhalwat dengan lelaki Afrika.

Disebabkan bertudung penyanyi di halau dari buat persembahan ???



KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.

Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.

“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”

Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.

“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.

Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jaharudin ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti.

Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.

“Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut. - MySuara

Monday, 30 December 2013

woooh KONTROVERSI BELEN-PELAJAR UMP BOGEL LAPOR POLIS (GAMBAR)


Klik Foto


Gara-gara mangsa memutuskan hubungan cinta mereka, bekas teman lelaki Fatihah Hakimi, Aizuddin Mazlan mencipta akaun facebook palsu untuk memburukkan mangsa serta mencabar JAKIM mengambil tindakan gara-gara berang dengan tindakan mangsa.

Klik Foto 
Laman Facebook yang didakwa palsu juga menimbulkan kehairanan MH kerana laman Facebook ini telah mula aktif dan memuat turun gambar kenangan bersama pada 1 june 2012.
Persoalan sekarang ini tempoh yang sangat lama gambar itu sudah dimuat turun ke laman sosial tersebut.

Mangsa juga mendakwa dia diugut bunuh. Tidak tahan dengan tindakan bekas teman lelakinya, mangsa membuat laporan polis.

Laporan Pertama

Pada 24.4.2013 jam lebih kurang 3.09 petang, semasa berada di kelas universiti Malaysia Pahang.saya telah menerima mesej dari kawan lelaki nama Aizuddin Bin Mazlan melalui no 019 9889317.mesej tersebut seperti 'bunuh awak bagi saya macam bunuh semut.awak tunggu lah kau dalam tu kejap lagi saya sampai dan jangan harap awak keluar hidup2.perempuan x dengar ckp dan mak ayah kita akan menyesal lahirkan kita.saya heret awak.saya cabut kepala awak dan badan awak dan bawa kepala awak sendiri ke balai polis.tak menyesal langsung bunuh awak.saya puas hati'.sebelum ini saya telah banyak kali menerima mesej ugutan dari beliau.dia juga ada berjumpa dengan saya dan pernah membawa pisau serta meletakkan ke sisi saya semasa kami berada di cafe universiti.dia juga sentiasa berkata ugutan yang sama kepada saya.saya telah memutuskan hubungan dengan dia memandangkan saya tak tahan dengan sikapnya yang begitu.dia juga pernah menarik saya dengan kasar.saya pernah mengadu ke pihak kaunseling dan pihak kaunseling telah berjumpa dengan Aizuddin tetapi sikap Aizuddin tidak pernah berubah.baru baru ini Aizuddin menggunakan laman sosial untuk memburukkan saya dengan meletakkan gambar saya disitu.Keluarga saya pernah berjumpa dengan keluarga Aizuddin di PAhang tetapi masih juga tiada perubahan.Sehingga laporan ini dibuat Aizuddin masih lagi mengganggu saya.tujuan saya buat laporan ini kerana bimbang akan keselamatan diri saya kemudian hari.

Laporan ke-2

Pada 25/11/2013 jam lebih kurang 11.00 pagi semasa saya berada dirumah dialamat******** saya telah mendapat tahu nama saya telah terlibat dalam jenayah cyber apabila semua page-page dalam facebook,blogger-blogger telah sebarkan gambar-gambar lama saya. saya tidak tahu apa-apa berkaitan penyebaran tersebut sehinggalah nama saya sudah tersebar satu Malaysia.melalui facebook page dan blog-blog.apabila saya membuka laman sosial tersebut sebelum ini semasa di Pahang, saya tidak boleh membuat sebarang report kerana setiap hari saya diugut bunuh seandainya saya tidak bersama beliau.ini merupakan report kali kedua keatas kes ini.facebook itu bukan FB saya..lelaki tersebut bernama Aizuddin Mazlan telah guna FB yang dia cipta sendiri dan guna nama saya jasi semua orang ingat FB tersebut,status -status,gambar-gambar yang ada, saya yg lakukan sendri.padahal tidak.saya tidak tahu menahu langsung ayat - ayat, status status yg mencabar JAKIM, Agama Islam dan ayat-ayat yang ditulis dan diperkatakan dalam FB tersebut juga adalah melalui dia.orang ramai akan menyangka itu perbuatan saya.status status palsu dalam FB tersebut ditulis oleh Aizuddin untuk menjatuhkan saya dan maruah saya serta mengaibkan saya.Pada hari ini nama saya telah tersebar dengan sangat meluas melalui laman sosial.saya ingin membersihkan semula nama saya dan kemuka keadilan saya mahu Aizuddin mendapat hukuman setimpal dengan perbuatannya berkaitan dengan hal ini telah dimaklumkan kepada ibubapa beliau tetapi ibubapa beliau itu tidak langsung ambil tindakan yang sepatutnya terhadap anak mereka.sebaliknya hanya memberi alasan tidak tahu nak nasihat macam mana walaupun mereka tahu Aizuddin buat pelbagai cara utntuk aibkan saya.ayahnya Mazlan seorang guru kanan sekolah tidak mengambil apa apa tindakan langsung malah membiarkan sahaja

ENTRI SEBELUM INI BERKAITAN PELAJAR UMP TERSEBUT


Klik Foto
Fatihah Hakema, seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang mencetuskan kontroversi dengan memuatnaik gambar tidak senonoh di Facebook ketika percutiannya bersama teman lelaki di Cherating baru-baru ini.

Berdasarkan gambar terlarang itu, mereka berdua dipercayai berada di dalam bilik mandi dengan keadaan teman lelakinya tidak memakai pakaian. Tidak diketahui pula status Fatihah Hakema memakai pakaian ataupun sebaliknya.


Klik Foto
Berbeza dengan gambar cover Facebooknya yang memakai tudung kelihatan sopan dan menutup aurat, Fatihah Hakema lebih rela menggunakan gambar 'dalam bilik mandi' itu sebagai gambar profil

Status Facebooknya pada 3 Oktober lepas juga menimbulkan tanda tanya, apakah gadis ini sudah bengong sehingga begitu lantang menyelar JAKIM / Jabatan Agama Islam seperti sebuah tunggul yang tidak mampu bertindak apa-apa berikutan dengan kes sosial seperti kahwin di Thailand, lahir anak luar nikah etc.

Menyedari bahawa gambar kontroversinya tersebar, Fatihah Hakema sekali lagi mencabar pihak agama menangkapnya dan membenarkan orang ramai print screen kenyataan tegasnya dan menyimpan gambar kontroversi itu untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa

PENYAMARAN KETUA SAMSENG DIDEDAHKAN ?/

PERAWAKANNYA yang warak dan selalu ke masjid mendorong budak-budak kampung rajin belajar mengaji dengan Pak Din sehingga ramai yang sudah boleh membaca Al-Quran.

Para penduduk sekitar Taman Mount Austin, Johor Bahru, juga tidak sedikit pun sangsi siapa Pak Din sebenarnya sehinggalah sepasukan polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur, menyerbu rumahnya dan mengaupnya pergi.

Penyamaran Yan Bai sebagai Pak Din terbongkar jua akhirnya.

"Ini engkaukan... engkaukan? Mana kau nak lari?'' kata Yan Bai ketika menyingkap operasi polis lengkap bersenjata sambil menunjukkan kad pengenalannya yang telah dibesarkan seperti poster dalam 2004 itu.

Mereka tidak menemui sebarang bukti - dadah atau senjata api - dan Yan Bai tetap diam membisu.

Yan Bai digeruni dalam "dunia jenayah" yang sering dikaitkan dengan sindiket mengedar dadah, pelacuran, pemerasan wang perlindungan, keganasan, perjudian dan rusuhan bagi mempertahankan "nombor" masing-masing hingga mengorbankan nyawa.

Sebagai ketua satu-satunya kumpulan samseng Melayu Omega, Yan Bai juga dalam senarai paling dikehendaki perisik polis bukan saja di sini malah di seberang Tambak.

Selepas beberapa minggu ditahan di lokap Bukit Aman, beliau dikawal ketat dalam perjalanan ke Johor Bahru dan kemudiannya diserahkan kepada polis Jabatan Siasatan Jenayah (CID) di Koswe sebelah Singapura.

Atas dakwaan sebagai pengasas Omega, beliau ditahan tanpa bicara di bawah Akta Undang-undang Jenayah (Peruntukan Sementara) atau CLTPA.

Yan Bai, kini 51 tahun, pernah ditahan di Penjara Chia Keng di Yio Chu Kang Road pada 1987 di bawah akta sama kerana disyaki terlibat dalam rangkaian pengedaran heroin.

Beliau yang pernah dua kali keluar masuk pusat pemulihan dadah (DRC) menyimpan dendam kerana mendapati pengedar Melayu, termasuk beliau, ditindas sindiket dadah kaya raya yang dikuasai kumpulan samseng.

Atas pemikiran itulah beliau menubuhkan kumpulan Singapura 14, hasil perbincangan dengan beberapa banduan penjara itu yang kebanyakannya tinggal di sekitar Geylang.

Namun, kumpulan itu dibubarkan selepas dua tahun kerana sesetengah anggota melanggar etika gengster - terlibat dalam kegiatan homoseksual.

Yan Bai, yang disokong enam banduan Melayu yang lain, kemudian mengangkat sumpah sehidup semati dengan Al-Quran untuk menubuhkan kumpulan Omega sempena sambutan hari jadinya pada 23 September 1989.

Dengan penubuhan kumpulan yang menarik penyertaan kian ramai banduan, beliau "turun cakap" dengan kepala gengster yang lain bagi membolehkan banduan Islam mengangkat wuduk di tandas antara 7 dengan 8 malam di penjara itu.

"Sebelum itu, susah nak ambil wuduk pada waktu maghrib dan isyak. Bayangkan lebih 30 orang berebut nak pakai tempat tandas yang hanya ada sebuah. Ada kepala gengster yang tak setuju tapi saya jumpa mereka one to one. Mereka tak berani angkat muka. Akhirnya semua ikut peraturan yang dipersetujui itu dan tiada lagi pergaduhan,'' sambung Yan Bai yang ditemui baru-baru ini dengan memakai jean hitam, sepatu sukan, dua rantai berjuntai di tengkuk serta gelang dan cincin berbaris.

Sejak itu, Yan Bai semakin dihormati di penjara yang kini telah pun dirobohkan.

Selepas lima setengah tahun, Yan Bai dipindahkan ke Kem Ahmad Ibrahim di Upper Thomson Road, tetapi melarikan diri hanya beberapa bulan selepas itu.

Ketika pelarian itulah kumpulan Omega semakin berkembang dengan para anggota semuanya Melayu bersepah di sana sini.

Kumpulan yang disifatkan sebagai berani mati itu beransur-ansur menguasai pengedaran dadah dan sekali gus mengurangkan monopoli kumpulan-kumpulan samseng lain.

Dalam 1990-an itulah masalah dadah di kalangan masyarakat Melayu memuncak sehingga ke tahap membimbangkan. Yan Bai ditangkap sekali lagi dan ditahan atas kesalahan melarikan diri dari penjara.

Beliau dibebaskan pada 2000 dan berkahwin pada hari jadinya - 23 September.

Menyedari gerak-geri dan kegiatannya dipantau polis, Yan Bai bersembunyi di Indonesia dan Malaysia tetapi masih memberi arahan kepada orang-orang kanannya di Singapura.

Jaringan rapat dan berurusan secara langsung dengan kongsi-kongsi gelap yang juga menguasai penyeludupan dan pengedaran dadah di Malaysia, menyaksikan Yan Bai dihormati dan diberi bantuan.

"Semuanya beres macam pasang siap apabila saya sampai ke Malaysia. Mereka kasi kad pengenalan, pasport dan serahkan sebuah kereta baru Proton Saga dengan hanya bayar sagu hati tanda persaudaraan sebanyak RM3,600.

"Jumlah tersebut juga sempena lambang kumpulan samseng 36 yang berpengaruh di Malaysia,'' kata Yan Bai sambil menyatakan para anggota kumpulannya hidup senang hasil kegiatan mengedar dadah tetapi dicemburui kumpulan-kumpulan samseng lain.

"Dulu budak-budak jam (Omega) nak dapat satu peket heroin, boleh buat 40 hingga 50 suku, pun susah daripada sindiket lain. Saya kasi budak-budak kita hidup. Satu peket saya tolak $80 dan mereka jual $250.

"Saya pastikan harga tetap di pasaran... tak boleh main bangsat,'' tambahnya.

Namun, sejak dibebaskan Februari lalu, beliau mengaku kesempitan kerana sukar mendapat pekerjaan dan kini dalam proses cerai.

BELIAU mengisytiharkan tidak lagi ada kena-mengena dengan Omega - kumpulan samseng 100 peratus Melayu yang diasaskannya lebih 24 tahun lalu.

Yan Bai, 51 tahun, tidak menyesal atas keputusan yang meletakkannya sebagai legenda kumpulan samseng Melayu yang dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang lain.

Kini, lelaki kulit sawo matang, badan bak bongkok udang dan muka fighter itu mahu hidup bebas daripada buruan polis dan tendang-terajang dunia jenayah.

"Saya rasa dah cukup. Hidup ini sekejap dan lantas saya ingin nikmati kemanisan di penghujung hayat saya. Dulu saya rasa saya kuat, berpengaruh, ditakuti dan boleh buat apa saja dan tak takut pada sesiapa.

"Tetapi, sekarang saya sedar Allah Maha Besar dan lebih berkuasa. Saya mahu jalan yang lurus sehingga di titian siratal mustakim.

"Saya dah tak mahu melakukan perkara-perkara yang tak baik lagi. Orang ingat saya sentiasa jahat tetapi saya selalu ingatkan budak-budak jam (Omega) supaya buat baik dengan ramai-ramai tolong jika ada kematian atau kerja lahwin.

"Jangan derhaka kepada ibu bapa... minta maaf dan cium tangan mereka sebelum terlambat.

"Saya juga selalu bilang mereka yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar,'' kata Yan Bai dengan penuh insaf kerana tidak sempat berbuat demikian kepada ibu bapanya sendiri.

Yan Bai dibebaskan Februari lalu selepas sembilan tahun meringkuk tanpa bicara di balik jeriji besi Penjara Changi atas dakwaan menjadi pengasas Omega.

Di sebalik kebebasan dan angin segar yang dihirupnya, Yan Bai diwajibkan melaporkan diri setiap minggu di sebuah balai polis dan wajib berada di rumah dari 7 malam hingga 7 pagi selama tiga tahun.

Bukan itu saja, beliau dilarang berada di 11 kawasan hitam termasuk Bedok, Geylang, Orchard Road, Choa Chu Kang, Chinatown, Boat Quay dan Clarke Quay.

"Saya juga dah tak lagi boleh campur atau duduk semeja dengan budak-budak jam atau gengster. Jika polis datang, mereka akan cekup saya,'' tambahnya.

Ditanya apa gahnya menjadi ketua atau "chong" kumpulan gangster, beliau hanya menyatakan "Tak ada apa-apa yang bagus. Saya hanya kawal dia orang dan saya pastikan mereka tak buat sebarangan.

"Kalau dalam penjara dulu, saya pastikan banduan Muslim dapat melakukan ibadah. Di luar, saya pastikan anggota kumpulan gengster Melayu tidak ditindas dan dibuli. Dunia gengster tak ada diplomasi!''

Mengenai para anggotanya yang dikatakan sekitar 1,000 orang itu, Yan Bai mendakwa tidak tahu berapa bilangan anggota Omega sekarang dan sama ada Omega masih hidup atau tidak.

Omega adalah singkatan bagi Only Malays Enter Gangster Association atau Hanya Melayu Masuk Persatuan Gengster.

"Biarkan cerita habis di sini. Lagipun, saya tak ada apa-apa masalah sejak saya laporkan diri kepada polis setiap minggu mulai tujuh bulan lalu,'' tambahnya.

Ditanya apa yang beliau paling kesali sepanjang 30 tahun bergelumang dalam dunia kongsi gelap, beliau berkata:

"Melayu bergaduh dengan Melayu dan Melayu bunuh Melayu!''

"Orang mungkin sangka saya selalu dikerumuni orang tetapi hakikatnya ialah saya selalu bersendiri. Hidup saya sunyi kerana para anggota saya tak berani himpit saya. Kalau ada 1,000 anggota, mungkin hanya 10 yang pernah duduk semeja dengan saya. Saya juga selalu menyembunyikan diri kerana elak diburu polis dan dalam jel pun sendirian berhad,'' tambahnya.

Diminta nasihatnya, beliau berkata: "Jangan campur gengster sebab anda tak dapat apa-apa tetapi hilang segala-galanya."

"Saya sendiri dah buang baju dan cuma berharap akhir kalam saya ialah Yan Bai berubah kepada yang baik,'' tambahnya

SELFIE SYNDROME...ape tuu?? ??


Do you have the "Selfie Syndrome"?

GADIS SYIAH GILA MELAKUKAN ZINA PAHALA BESAR ??




Kebenaran untuk berkahwin secara mutaah yang kononnya menghalalkan zina dikenali pasti sebagai faktor utama menyebabkan segelintir umat Islam di negara ini terutama lelaki, terjebak dengan fahaman Syiah.

Penolong Pengarah, Seksyen Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od, berkata kesimpulan itu berdasarkan pengakuan 141 pengikut fahaman terbabit yang direkodkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) setakat ini.
Syiah buat hadis palsu

Katanya, kebanyakan pengikut Syiah daripada kalangan orang Melayu tidak mahu menceritakan secara terperinci mengenai kahwin mutaah, namun Syiah buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar.

Mereka tahu zina perkara jijik dan berdosa besar, tetapi dalam Syiah benda jijik dimuliakan... Nikah mutaah mulia, bahkan mendapat pahala lagi, siapa yang bermutaah sekali sama martabatnya dengan Saidina Hassan, dua kali sama dengan Saidina Hussin dan tiga kali sama dengan Saidina Ali.

Pengikut Syiah percaya, kahwin mutaah yang sebenarnya menghalalkan zina dalam Islam, akan diberikan pahala yang besar seperti yang diterima Rasulullah SAW dan sahabat Baginda, katanya ketika berucap pada majlis 'Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana BAKTI: Kesesatan dan Fahaman Syiah', di sini semalam.


Ciri penganut Syiah

Majlis anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di Kompleks Seri Perdana itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Aizam juga mendedahkan ciri penganut fahaman Syiah yang turut menggelarkan fahaman itu sebagai Mazhab Ahli Bait bagi mengelirukan umat Islam, terutama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, antara ciri berkenaan termasuk menambah bacaan dua kalimah syahadah dan azan, solat tiga waktu sehari iaitu dengan menjamakkan Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isyak.

Amalan lain termasuk sujud di atas batu Karbala ketika solat, tidak menunjukkan penghormatan kepada sahabat Rasulullah dan tidak terus berbuka puasa selepas mendengar azan Maghrib pada Ramadan.

Penyebaran ajaran sesat itu yang kerap berselindung di sebalik agensi pelancongan, buku agama dan risalah serta media sosial, katanya sambil menambah pengikut Syiah di Malaysia dianggarkan sekitar 1,500 hingga 2,000 orang.

Ceramah itu dihadiri 70 tetamu termasuk ahli BAKTI, Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) serta Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Thursday, 28 November 2013

Petua Melebatkan Rambut??


Petua Melebatkan Rambut
Selalu kita dengar rambut adalah mahkota bagi wanita. Tapi pada zaman ini, bukan saja wanita bahkan kaum adam juga mementingkan penjagaan dan gaya rambut. Memiliki rambut yang lebat menjadi idaman untuk semua.

Petua kali ini adalah petua berkaitan dengan rambut. Tentu anda risau jika mendapati rambut anda kurang subur dan mulai jarang-jarang. Semua jenis shampoo dan alat penjagaan rambut anda telah cuba, namun hasilnya tetap sama. Jangan runsing atau risau, kita boleh cuba cara tradisional.

Di sini, 1001petuakecantikan.blogspot.com akan memberi satu petua melebatkan rambut secara tradisional yang sangat mudah untuk diamalkan.


Petua Melebatkan Rambut
  1. Ambil 2 biji buah keras dan buang kulitnya.
  2. Bakar buah keras tersebut hingga hitam dan mengeluarkan minyak.
  3. Ambil minyak yang keluar kemudian lumurkan pada kepala.
  4. Buat cara ini beberapa kali sehingga nampak hasilnya.

Kahwin kerana telah diperkosa, kata bapa remaja cerai talak tiga ??



Nor Fazira Saad dan Mohd Fahmi Mohamed Alias ketika dinikahkan pada 17 November 2012. - gambar fail

KULIM:  “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,”

Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yangdiceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.

Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.

Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.

Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.

Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.

Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.

Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.

Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati.

Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

Monday, 25 November 2013

Guru cantik ini diperkosa dan dibunuh murid sendiri..

Massachusetts - Seorang remaja lelaki di Massachusetts , Amerika Syarikat didakwa  kerana membunuh gurunya. Keji! remaja itu yang berusia 14 tahun juga sempat memperkosa gurunya.

Colleen Ritzer yang merupakan guru matematik di Danvers High School, Massachusettss dijumpai tak bernyawa di lapangan sekolah pada 24 Oktober lalu. Jasad wanita berusia 24 tahun ini ditemui dalam keadaan menyedihkan . Lehernya dikelar dengan pisau cukur dan bahagian wajahnya penuh luka lebam.

Hasil siasatan polis menunjukkan , pelaku pembunuhan adalah salah satu murid Rizter yang bernama Philip Chism . Minggu ini, Chism diadili atas dakwaan berlapis , mulai dari pembunuhan , rogol dan rompakan bersenjata .

Walau tergolong masih remaja, Chism diadili sebagai warga dewasa. Demikian seperti dilansir news.com.au , Jumaat ( 22/11/2013 ) .

Dokumen persidangan mendedahkan bahawa Chism awalnya merompak mangsa dan mengambil barang- barang berharga seperti kad kredit dan sebuah iPhone . Kemudian Chism membuka paksa seluar dalam mangsa dan memperkosanya . Setelah memperkosa , Chism yang bersenjatakan pisau cukur ini membunuh mangsa.

" Dakwaan menjelaskan tindakan mengerikan dan tak terungkapkan . Ini merupakan langkah awal dalam proses undang-undang yang panjang demi menegakkan keadilan bagi Rizter dan keluarganya, " ujar pendakwa daerah Essex County Jonathon Blodgett .

Menurut dokumen persidangan, Chism sengaja mengikuti Rizter hingga ke dalam tandas. Di dalam tandas tersebut Chism kemudian melakukan perbuatan kejinya . Beberapa saat kemudian , Chism membawa tubuh gurunya tersebut keluar dengan menggunakan tong sampah.

Gerak-geri mencurigakan Chism terakam kamera CCTV yang ada di sekolah tersebut. Dia pun akhirnya ditangkap.