Wednesday, 8 May 2013

Sesak Akibat Tanah gelongsor setinggi 20 meter?????



on WEDNESDAY, MAY 8, 2013 

Tanah gelongsor setinggi 20 meter


Rata-rata pengguna lalu lintas yang dalam perjalanan ke tempat kerja melalui Jalan Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak, di sini, menempuh kesesakan lalu lintas yang teruk sejak pagi, semalam.

Difahamkan, kesesakan bermula dari Tol Sungai Besi menghala ke Jalan Mahameru membabitkan lebih 15 kilometer (km) berikutan penutupan jalan berkenaan dan beberapa jalan lain akibat gelonsoran tanah iaitu Jalan Sultan Salahuddin di belakang Bank Negara dan kedua-dua hala Jalan Ampang ke Bukit Nanas. 

Foto 
AHMAD Phesal (kanan) meninjau kawasan gelongsoran tanah, semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, berlaku gelongsoran tanah setinggi 20 meter dengan keluasan 60 meter persegi jam 2 pagi tadi (semalam).

“Runtuhan berlaku ekoran hujan lebat bermula petang semalam (kelmarin) menyebabkan pokok tumbang dan gelongsoran tanah merentasi Jalan Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak.

 Kesesakan teruk di ibu negara berikutan kejadian tanah runtuh   
Kerja-kerja pembersihan sisa tanah runtuh yang berlaku di Lebuhraya Mahameru sedang giat dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kuala 

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membersihkan kawasan itu termasuk di lokasi kejadian sama di Jalan Kasah, Bukit Damansara dan Taman Shanghai, Jalan Klang Lama,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi tanah runtuh di Bukit Nanas, di sini.

No comments:

Post a Comment