Assalamualaikum w.b.t
Korang tengok tak perlawanan antara
Brazil dengan Croatia semalam? Ini adalah buat pertama kalinya aku
menonton World Cup untuk perlawanan yang pertama. Dulu mana ada Astro.
Setakat pakai aerial biasa ditambah pula siaran tak bagus. Memang tak
ada peluang nak tengok. Tapi walaupun ada Astro kat rumah yang baru
pasang, masih tengok bola kat TV1 dan TV2. Tak langgan pun siaran Astro
Supersport.
Apa-apa
pun tahniah pada skuad favorite aku iaitu Brazil menang perlawanan
pertama bertemu Croatia. Masa Marcelo buat gol sendiri dah macam tak ada
harapan je. Nak pula Croatia sentiasa beri tekanan siapa yang bawa bola
lagi la macam tak ada peluang nak menang.
Tiba-tiba
corak permainan Brazil berubah, Marcelo kerap dapat bola dan bawa ke
atas. Neymar pula turun sama bantu pemain pertahanan. Tapi pujian
seharusnya diberi pada Oscar sebab banyak buat gerakan cantik dan
hantaran yang bagus. Sekaligus memberi kemenangan 3 –1 buat Brazil.
Comeback yang terbaik.
Tiga Perlawanan Berlangsung Esok Pagi 14 June 2014
Untuk
esok pagi pula, ada tiga perlawanan diadakan pada hari yang sama tapi
berbeza waktu. Rabak la mata esok pagi nak layan semuanya. Tapi agak
kecewa sedikit disebabkan TV1 hanya menayangkan Spain dan Netherlands
saja. Nasib baik siarkan dua top team ni. Nak tengok online memang dalam
harapan la. Intenet pun perlahan mengalahkan siput sedut.
Rasanya
malam ni kena usha-usha tempat nak tengok bola. Mana tahu dapat tengok
perlawanan antara Mexico dan Cameroon dan juga Chile dan Australia.
Alang-alang sebat tengok tiga perlawanan sekaligus. Tapi perlawanan
tumpuan sudah semestinya antara Spain dan Netherlands. Kedua pasukan
memiliki pemain yang berkualiti tinggi.
Friday, 13 June 2014
Salam Nisfu Sya'ban...
Salam nisfu syaaban..semoga Allah mengapuni dosa kita, dipanjangkan umur dengan sihat, diluaskan rezeki dan sentiasa didalam taufik hidayah serta rahmat dari NYA..amin.
Dipetik dari blog raudahtuljannah-mujahidah...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Malam Nisfu Syaaban, kita disunat menghidupkan malam ini seperti
dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca
Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang
amat mustajab dan penuh rahmat.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana
sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu
mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman:“Siapa
yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang
meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang
ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka
begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan
daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Terdapat beberapa riwayat lain yang menyatakan kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila
tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya
dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang
beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat
dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk
pengampunan mereka).”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa
yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri
dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati
orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia
mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu
kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”
AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
A.
Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah
Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
- Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
- Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada
malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada
malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.” (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
B.
Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon
ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon
diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Antaranya;
C. Solat-Solat Sunat:
- Solat Sunat Mutlaq
- Solat Sunat Isyraq
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Awwabin
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa
yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa
dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka
Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.”
(Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.).
D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.
SOLAT SUNAT MUTLAQ (NISFU SYAABAN)
Solat
sunat Nisfu Syaaban dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh
didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama
solat-solat sunat qiamullail.
Cara Mengerjakannya
1. Lafaz niat:
.
2. Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
3. Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
.
4. Setiap kali sujud, selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa:
.5.
Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin tiga kali (sekiranya tidak
sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat
Isyak) dengan niat supaya Allah memanjangkan umur, menambah rezeki serta
menetap dan meningkatkan iman.
6. Akhir sekali, bacalah doa Nisfu Syaaban.
Maknanya;
Sesungguhnya
Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki
diri dengan meminta ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada
Allah SWT.
Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.
Kemalangan: Ratu cantik Indonesia meninggal dunia ???
Rizka Ismalia Putri
JAKARTA - INDONESIA. Miss Jakarta 2004, Rizka Ismalia Putri Iskandar
meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di jalan tol Kamal di
Jakarta Utara pada Khamis.Ketua Unit Kemalangan di subdirektorat penguatkuasaan undang-undang polis bandar raya, Miyanto berkata Rizka, 31, dan suaminya, Aldico Juniarto sedang dalam perjalanan dengan teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk menaiki penerbangan ke Malaysia.
"Pemandu teksi itu dikatakan hilang tumpuan dan gagal mengawal kenderaannya," kata Miyanto seperti yang dipetik Kompas.com pada Khamis.
Beliau berkata teksi itu melanggar sebuah trak yang diletak di tepi jalan, kemudian melanggar pula sebuah Honda CRV sebelum merempuh sekatan jalan konkrit.
Aldico dan pemandu teksi, Eko Yulianto terselamat dalam kemalangan itu dan dikejarkan ke Hospital Atmajaya di Pluit.
Seorang doktor dari Hospital Atmajaya, Andri P, berkata Eko kini menjalani rawatan kerana kecederaan saraf tunjang yang teruk
Monday, 20 January 2014
4 hal seorang muslim harus melakukan hal ini sebelum tidur??
Rasulullah berpesan kepada Siti Aisyah r.a: Ya, Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam Al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah.
Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika ?“
Rasul tersenyum dan bersabda :
1. Jika engkau akan tidur, membacalah surat al-Ikhlas tiga kali.
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran. Bismillaahirroh maanirrohiim . “Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad ‘ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x)”
2. Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku.
Maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrah maanirrahiim . Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad (3x).
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau. “Astaghfirullaa hal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x).
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir”.
Maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. Bismillaahirrah maanirrahiim .
Subhanallaahi Walhamdulillaah i walaailaaha illallaahu allaahu akbar (3x).
Wallahu a’lam bishawab.
SUBHANALLAH !! Al-Quran Terbang Dan Melekat Di Kaabah! ..
Ketika
jemaah di Mekah sedang khusyu’ melakukan ibadah, tiba-tiba dikatakan
terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di
Kaabah.
Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.
Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.
Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. (Petikan Warta Perdana)
Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.
Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.
Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. (Petikan Warta Perdana)
Wanita melayu kemaruk seks pak hitam !!
Dalam
keadaan separuh bogel, mengenakan seluar ketat biru kusam yang pendek
hanya melepasi lengkuk punggungnya dan singlet menampakkan lengan dan
sebahagian dada, apabila berhadapan.
Wajahnya
cantik bersih, mempunyai iras pelakon popular tempatan. Alis matanya
halus terbentuk, hidungnya mancung, bibirnya tebal, namun sepadan dengan
ukuran mukanya, anak matanya berwarna coklat cair dan rambut ikalnya
diwarnakan perang sedikit.
Ukuran tubuhnya setinggi kira kira 1.6 meter juga kelihatan sempurna. Tidak terlalu kurus bak model "catwalk" antarabangsa yang hampir hilang ciri kewanitaan mereka.
Dia ditemui sedang mengerekot meniarap menyembabkan mukanya diatas tilam bersaiz permaisuri usang berdaki tanpa alas, sambil kedua tangannya menekan kepala sendiri kebawah, seolah olah malu dunia mahu menelannya.
Ukuran tubuhnya setinggi kira kira 1.6 meter juga kelihatan sempurna. Tidak terlalu kurus bak model "catwalk" antarabangsa yang hampir hilang ciri kewanitaan mereka.
Dia ditemui sedang mengerekot meniarap menyembabkan mukanya diatas tilam bersaiz permaisuri usang berdaki tanpa alas, sambil kedua tangannya menekan kepala sendiri kebawah, seolah olah malu dunia mahu menelannya.
Berada
pula di dalam bilik berselerak bersama seorang lelaki Afrika yang
wajahnya langsung tak ubah macam babon. Ditambah dengan kehadiran
sembilan lagi lelaki Afrika lain di ruang tamu apartmen tiga bilik itu.
Hanya apabila dia diarahkan bangun menyarungkan pakaian sopan sebelum
anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen meminta dokumen pengenalannya,
barulah disedari dia adalah seorang gadis melayu yang berusia 24 tahun
berasal dari Petaling Jaya.
Terkedu.
Saya serta beberapa anggota penguatkuasa yang melakukan operasi
pemeriksaan warga asing terdiam. Suasana sepi seketika lebih lebih lagi
apabila melihat gambarnya yang manis bertudung di dalam kad pengenalan.
Ketika
dia mengambil anak tudung Syria berwarna hijau pucuk pisang dari beg
sandangnya, dalam keadaan separa sedar spontan terkeluar pertanyaan dari
mulut saya: "Kau pakai tudung dik (adik)?
Selamba
juga dia mengiakan, sebelum terkesima. Mungkin menyedari penampilannya
sebenarnya yang bertudung sangat ironi dengan situasi itu - ditangkap
berkhalwat dengan lelaki Afrika.
Disebabkan bertudung penyanyi di halau dari buat persembahan ???
KUALA
LUMPUR: Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25,
diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk
Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada
seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat
Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.
Marinatasha Isnariah Mustapar, 33,
yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan
turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET
2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas,
Sri Hartamas.
“Saya
rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas
pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan
membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di
hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.
Arahan
berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET,
Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara
berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak
bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.
“Semasa
saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16
Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan
mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut,
Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu
yang datang berhijab.”
Artis
Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian
dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk
naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You”
dan “Price Tag”.
“Saya
lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab.
Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor
turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang kemudian
telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.
Menurutnya
lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana
tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan
bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya
bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek
untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jaharudin
ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi
enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti.
Bekas
pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang
pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12
tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur
sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai
seorang Muslim.
“Kita
berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun
sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita
di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina
yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40
pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut. - MySuara
Subscribe to:
Posts (Atom)