Sunday, 17 November 2013

5 Tips Untuk Mencegah Penyakit Gout




Anda seorang pesakit Gout? Bukan seorang pesakit gout? Bukan seorang pesakit gout pun boleh baca untuk tambahkan ilmu kan...Untuk seorng pesakit gout mereka  sedaya upaya untuk mengawal cara pemakanan harian mereka demi mengelakkan serangan Gout yang Sungguh Menyakitkan! Ini tak boleh makan, itu tak boleh makan. Ini hanya akan menimbulkan tekanan jiwa  dan mental. Adakah mereka perlu hidup begitu SUSAH selama-lamanya?Mari kita kenali dulu apa itu gout..Selalu kita dengar je kan tapi tidak tahu pun apa tu gout...

Apa itu sakit GOUT ?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. 

 Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. 

Tanda Gout :

1- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. 
2- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. 


3- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. 
4- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. 
5- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. 
6- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. 
7- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. 








Makanan yang harus dielakkan pesakit gout :

1. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak

2. Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin 





3. Daging cincang 


4. Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging 
5. Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang 






Makanan yang harus dikurangkan oleh pesakit gout :

1. Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam 
2. Peanuts, lentil, beans and peas 
3. Poultry 
4. Roti jagung dan bijirin 

5 Tips mencegah gout :

1- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal 
2- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout 
3- Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan. 
4- Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout. 
5- Minum banyak air 


Vitamin yang disyorkan untuk anda-anda di luar sana yang mengalami sakit gout ini ialah..


1) VITAMIN C 

- untuk mengurangkan uric acid di dalam badan, sekurang-kurangnya perlu ambil 3 biji sehari, iaitu 1500mg.

2) ALFALFA 

- Punca vitamin dan mineral yang diperlukan badan.Ini dapat mengurangkan pembentukan baru uric acid serta menyah toksin dari badan secara semulajadi dan selamat.

3) OMEGA GUARD 

-Mengurangkan dan mengelakkan inflammatory (bengkak) pada anggota yang terkena serangan GOUT serta memberi keselesaan pada sendi..

4) PERFORMANCE DRINK 

- memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate (perlu juga minum air masak/air putih dalam kuantiti sedikit tetapi kerap)

Pengambilan air + lemon secara berterusan juga boleh mengurangkan kadar uric acid di dalam badan.

No comments:

Post a Comment