Kuala Lumpur: Seorang wanita beranak satu kini meringkuk dalam penjara di Thailand dan berdepan hukuman penjara seumur hidup, didakwa akibat diperdaya suami baru yang menjadikannya keldai dadah.
Norzawati Ramli, 36, dari Kampung Bukit Merah, Tanah Merah, Kelantan yang baru berkahwin tiga bulan dengan suami barunya warga Thailand ditahan polis negara itu kerana dikatakan memiliki 26 kilogram dadah jenis syabu.
Sumber berkata, ketika kejadian itu, mangsa yang baru berkahwin dibawa ke Hatyai oleh suaminya untuk berbulan madu. Menurutnya, mangsa ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Hatyai, 14 Mei lalu dan kini ditempatkan dalam tahanan di Penjara Wanita Ngam Wong Wan, Bangkok. “Nasib mangsa masih belum diketahui berikutan kesnya masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Thailand,” katanya kepada Harian Metro.
Sumber itu berkata, mangsa ditahan selepas suaminya dicekup di lokasi berasingan memaklumkan kepada polis dadah yang ditemui bersamanya dalam serbuan itu bukan miliknya sebaliknya ia milik mangsa.
Menurutnya, suami mangsa sebelum ini memberitahu dia bekerja sebagai kontraktor mendapat kontrak membawa kereta baru dari Bangkok ke Hatyai.
Sementara itu, adik mangsa, Nordiana, 29, yang dihubungi Harian Metro berkata, kakaknya yang dipanggil Kak Long berkahwin dengan lelaki Thailand itu sebaik saja habis tempoh edah bercerai dengan suami terdahulu.
“Ketika ayah berjumpanya di penjara, Kak Long meraung dan merayu ayah membantunya kerana dia tak tahu apa-apa berkaitan dadah yang dikatakan miliknya,” katanya.
“Kak Long juga sedih dan mengaku memang berdosa kerana sebelum ini dia tidak mendengar nasihat orang tua kami,” katanya.
Menurutnya, pada Mei lalu iaitu selepas tiga bulan berkahwin, Kak Long membawa anak tunggalnya berusia 10 tahun untuk dijaga sementara oleh emak sebab dia mahu mengikut suami barunya bercuti di Thailand sambil bekerja.
“Kak Long memberitahu suami barunya itu dapat kontrak membawa kenderaan baru dari Bangkok untuk dihantar ke Hatyai.
un, selepas 10 hari berada di Thailand, kami terkejut apabila mendapat panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan Kak Long ditangkap di Hatyai berkaitan kes dadah,” katanya.
“Lelaki itu memberitahu Kak Long kini ditahan di penjara ‘Womens Correctional Institution’ di Lardyao, Chatujak, Bangkok,” katanya.
Nordiana mendakwa, selepas penahanan kakaknya terbongkar dan kecoh, baru mereka sekeluarga mendapat tahu daripada jiran kak long selalu dipukul suami barunya itu termasuk pada malam pemergian sebelum bertolak ke Thailand.
Beliau berkata, ayahnya, Ramli Daud, 60, berusaha mencari wang dan pergi ke Thailand untuk berjumpa dengan Norzawati di penjara berkenaan. “Menurut peguam, Kak Long ditahan berseorangan di dalam bilik hotel tanpa dadah berkenaan dan ia susulan penahanan lima lelaki termasuk suaminya di lokasi lain.
“Bagaimanapun, suami Kak Long mendakwa dadah dirampas itu milik Kak Long,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini ayah dan ibu mereka, Rahimah Taib, 61, memang tidak merestui perkahwinan Kak Long dengan suami barunya itu, tetapi mereka tetap meneruskan pernikahan di Selatan Thailand.
“Kak Long berkenalan dengan suaminya itu yang bekerja kontrak di kampung kami,” katanya.
Nordiana berkata, kali terakhir keluarga menerima surat daripada Kak Long sebelum Ramadan lalu. “Dia rindu nak balik, dia nak sujud di kaki emak dan ayah, malah terlalu rindu nak peluk anak perempuan tunggalnya. “Saya kasihan nasib anaknya itu. Kawan-kawan mengata sedangkan ibunya dianiaya suami sendiri menjadi keldai dadah.
“Saya sekeluarga mohon mana-mana pihak dapat membantu kakak saya,” katanya.
Sementara itu, Konsular Kedutaan Besar Malaysia di Thailand Roszaini Che Pee ketika dihubungi berkata, dia dimaklumkan perbicaraan kes Norzawati belum diputuskan Mahkamah Keadilan di Ratchadaphisek, Bangkok.
Dalam perkembangan berkaitan, Roszaini berkata, seramai 408 banduan rakyat Malaysia dipenjarakan di Thailand dan lebih 90 peratus membabitkan kes dadah manakala bakinya berkaitan penipuan kad kredit.
--Hmetro

No comments:
Post a Comment