Wednesday, 13 November 2013

Apa Benar Jolly Shandy MEMABUKKAN???..


Sebelum ni dah banyak pesanan-pesanan yang di buat oleh rakan-rakan blog tentang minuman Jolly Shandy ni yang di katakan mempunyai kandungan Alkohol.Jadi macam biasa bila sebut ada alkohol ja sudah pasti umat Islam tidak boleh hampir apatah lagi meneguknya.

Nak di jadikan cerita semalam waktu berjumpa dengan beberapa orang rakan isu ini di perkatakan.Dan MMI agak terkejut kerana dalam perjumpaan itu yang terdiri daripada mereka-mereka yang berbeza had umurnya boleh pula berdebat tentang soal halal haramnya.

Ish kenapa sampai ke tahap tu , kalau dah nama ada alkohol tu jangan ambillah belambak lagi minuman lain yang boleh di minum.

Tapi inilah realiti kehidupan masyarakat kita sekarang perkara-perkara yang semacam ni kadang-kalanya di buat main-main sahaja.

Salah seorang yang banyak bercakap semalam (umur dalam lingkungan 20an) berkata minuman semacam ni tak ada hal pun sebabnya kandungan alkoholnya 1% ja dan sudah pasti ianya tidak MEMABUKKAN.

Malah dengan kandungan 1% itu sudah pasti ianya tidak MEMABUKKAN jadi kalau dalam istilah ARAK ni HARAM bila ianya MEMABUKKAN kalau tak MABUK maka ianya tak HARAM !

Mak ai !! Sampai macam tu sekali , terfikir MMI apa punya agama budak ni ??

Namun ianya berakhir kemudiannya apabila ramai di kalangan kawan-kawan semalam memperbetulkan pemahaman si budak tadi.

Akhirnya si budak mengaku , saya bukan bermaksud sedemikian cumanya inilah sebahagian daripada perkara dan solan-soalan yang sering di gunapakai oleh sebahagian daripada anak muda kita di luar sana yang sering menjadikan hal-hal sebegini untuk membolehkan mereka terus hanyut.

Ish kalau benar apa yang di katakan oleh si budak tadi maka ianya amat membahayakan.Malah MMI ada membuat sedikit pencarian di google dan ternyata minuman Jolly Shandy ini sudah berada di pasaran sejak 2007.

No comments:

Post a Comment