Cerita Lawak Maria Curang 3 Kali Bang!! | Ok harini Dr Fuh nak share satu kisah lawak dengan korang. Takde la panjang sangat. Jom kita layan. Jangan stress-stress ok
Pada satu malam, ada pasangan yang agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.
“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyayang Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?”
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni”
“3 kali?” Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank”
“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan..”
“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami, ” Kali ke 2 pulak?”
“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?” si isteri menyambung cerita “Ya, abang ingat” jawab si suami. “Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”
“Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak..
Yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut Kerusi Bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”
Tan Sri terus pengsan kat situ jugak… ekekeke.. Cerita ini hanyalah rekaan semta-mata, tiada kena mengena antara yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia. Sekian.
No comments:
Post a Comment