Tuesday, 9 July 2013

Kolam Renang Setan Bagi Anda yang Berani Mati!!


Kolam renang biasaya sinonim dengan gaya hidup bersenang-senang di mana orang suka bermain air di dalamnya. Akan tetapi, berbeza dengan kolam renang yang satu ini. Kolam renang yang bernuansa seram kerana dinamakan dengan kolam setan. Betapa tidak, Kolam setan ini terletak di air terjun Victoria, Zimbabwe, Afrika. Air terjun Victoria sendiri mempunyai tinggi sekitar 128 meter, alhasil hanya orang-orang bernyali besar sajalah yang berani berenang di atasnya.

Oleh kerana risiko kematian yang tinggi apabila orang yang berenang di atasnya terjatuh ke dasar air terjun, maka orang-orang sekitar menyebut sungai tersebut sebagai "Kolam Renang Setan". Bukan atas dasar banyak setan yang mandi disana loch. Tapi, apa anda berani berenang di Kolam Setan tersebut?

Kebiasaan tempat bernama Kolam Setan ini akan ramai dikunjungi oleh para pelancong asing di sekitar bulan September dan Disember. Belum diketahui kerana apa? Yang jelas orang-orang yang berani mati dapat berenang hinga ke bibir tebing air terjun tersebut. Tentunya jangan sampai juga anda nantinya terjun, kerana boleh dipastikan anda tidak akan bernyawa lagi kalau memang sudah habis umur jika sampai terjatuh dari tebingnya tersebut.

Air terjun inipun seketika terkenal dengan pelancongan mautnya di kalangan para pelancong yang menginginkan sebuah pengalaman baru yang penuh cabaran. Lalu, apakah anda salah satu daripada banyak orang yang suka dengan pelancongan ini? Kalau sekiranya banyak tanggungan hidup seperti anak atau isteri akan lebih baik anda mencari alternatif pelancongan lain yang lebih selamat kalau nasihat daripada saya.

No comments:

Post a Comment