Thursday 4 July 2013

iNFO : Klon Najwa latif Di Indonesia ! !!!




 

Najwa Latif memang sudah popular di Malaysia sekarang ni. Hasil muat naik rakaman cover lagu-lagu di YouTube, pemilik nama Imratul Najwa binti Abdul Latif ini kini bergelar seorang artis cilik yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu yang sangat berprestij di negara ini.

Tetapi hari ni aku buan nak bercerita mengenai Najwa Latif, sebab dah banyak kot entri post pasal dia dalam blog ni tetapi untuk kali ni aku nak memperkenalkan seorang lagi bakat yang muncul menerusi YouTube iaitu Ayu Videl, seorang youtuber daripada Indonesia.

Seperti Najwa Latif juga, Ayu Videl memuat naik video cover lagu di YouTube dengan imej seorang muslimah bertudung. Cuma bezanya populariti Ayu Videl tidak lah seperti Najwa Latif yang berjaya mengumpulkan jutaan peminat di seluruh dunia, terutamanya dalam kalangan YouTubers dan Vlogger.


 Walaubagaimanapun, Ayu Videl masih lagi boleh dikatakan klon Najwa Latif di Indonesia kerana beliau pernah menyanyikan cover lagu Price Tag oleh Jessie J, yang juga pernah dicover oleh Najwa Latif sendiri. Jom kita tengok video cover daripada kedua-dua mereka ini:

No comments:

Post a Comment