Saturday, 1 June 2013

KENAPA DIPERDAGANGKAN TUBUH CANTIK ????





Sifat malu semakin hilang dalam diri seorang wanita masa kini. Sedar atau tidak ramai wanita terjebak secara langsung dan dengan kerelaan sendiri untuk menjual bahagian bahagian tubuh yang dipromosikan dengan label manis yang diberi nama "iklan". Dalam tv, di dada akhbar, di papan-papan iklan yang terpampang merata tempat, siapa yang mendominasi iklan-iklan tersebut, jika bukan kaum hawa.

Iklan yang mendedahkan tubuh badan untuk melariskan produk-produk kecantikan, adalah pemerdagangan haram yang dihalalkan. Kita sudah dibiasakan dengan pendedahan segala pelusuk tubuh wanita yang berbagai bentuk sebagai bahan jualan. Meski banyak suara-suara yang mengkritik, tapi jika kerajaan tidak melaksanakan satu undang-undang untuk menyekatnya, tiada apa yang dapat merubah nya. Negara islam yang disebut-sebut, hanya islam atas nama, tapi bukan di segi perlaksanaan syariat.

Saya tidak tahu, apakah yang dirasai oleh mereka-mereka yang  mempamerkan tubuh untuk sejumlah wang yang tentunya tidak halal untuk dibelanjakan. Tidak kira samada dia seorang isteri atau anak gadis, alangkah dayusnya si suami dan seorang bapa kerana mengizinkan sesuatu yang menjadi miliknya, dipertontonkan dengan percuma untuk seluruh dunia ! Atau mungkin dia berbangga dan gah kerana berjaya menunjukkan anak atau isteri halalnya untuk menjadi pandangan haram untuk orang lain.

Kata-kata momokan untuk melariskan produk juga juga kadangkala berbaur lucah. Tapi kerana telah dibiasakan, kita seakan-akan menerima kelucahan itu sebagai perkara biasa. Modelnya ditonjolkan segala kemontokan, kegebuan, segar, cerah, putih, cekang, licin, yang lebih menjurus kearah meransang nafsu. Dan paling menyedihkan ada segelintir darinya yang dulu bertudung sewaktu tidak "menawan" telah membuka segala aurat demi memperlihatkan segala keseksian yang menyeksakan kaum adam sebagai bukti keberkesanan produk-produk tersebut. 

Harapan kita semoga seluruh kaum wanita memelihara kehormatan diri dari dimanipulasikan pihak iklan. Kalau pun nak "menseksikan" tubuh, biarlah secara diam-diam untuk diri sendiri juga untuk suami masing-masing. Tak mengapa kita tidak mendapat imbuhan wang dari sesiapa kerana berjaya mengubah penampilan diri. Yang penting niat kita. 

Wang tidak dapat membeli kebahagian. Wang juga tidak boleh membeli maruah yang hilang. Sayangnya di zaman ini ramai wanita berlumba-lumba menjual diri untuk wang. Alangkah naif nya mereka ...

No comments:

Post a Comment