Monday 17 June 2013

Panas! VIDEO Pengakuan Wanita Yang Ditangkap Khalwat Bersama Shah Jaszle???





Seorang wanita mendakwa dirinya lah wanita yang ditangkap khalwat bersama pelakon Shah Jaszle pada May lalu tampil membuat kenyataan dan membongkar rahsia menerusi rancangan Melodi semalam. Dia juga menafikan bahawa ianya adalah satu perangkap dan mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon itu.

Disini kami siarkan sekali lagi rakaman video wanita tersebut yang diinterview oleh wartawan melodi Zuan Azmi.


“Semua orang dah tahu pasal kes seorang pelakon lelaki yang ditangkap khalwat. Dan wanita yang ditangkap khalwat dengan dia ialah saya. Ini bukanlah satu perangkap. Tak ada siapa pun yang nak trap dia. Ikut prosuder, JAIS tidak akan tangkap satu jam selepas dapat maklumat.
“Mereka akan ambil masa lebih kurang dua minggu untuk melakukan intipan, baru buat serbuan. Kami telah diintip. Dia cakap jangan beritahu apa-apa tentang kami, hanya cerita yang ada lima orang di rumah dan dia sedang bersihkan baju konti hingga tertidur dalam bilik.
“Kalau tidur takkan dalam keadaan macam itu? Takkan JAIS akan umumkan ia sebagai kes khalwat?. Sama ada dia sudah bertunang atau tidak bukan alasan untuk kami tidak menjalinkan hubungan. Dia rasa sangat terpaksa bertunang atas kehendak keluarga,” tambah wnaita itu lagi.
Ikuti pengakuan selanjutnya menerusi video tersebut dan bukti beberapa sms yang didakwa daripada Shah Jazsle.


No comments:

Post a Comment