Petua Untuk Manjakan Orang Lelaki
1. Sabar dengan Kerenahnya – Kadang-kadang mungkin suami/lelaki berasa tertekan sebab masalah di tempat kerja ataupun dia berjauhan dari anda, ataupun masalah lain. Kalau ini terjadi, sabar sahaja. Sebaliknya, buat sesuatu yang boleh buat dia lupakan masalahnya.
2. Kurangkan Berleter/Membebel – Biasanya, isteri/pasangan berleter kalau ada sebab. Tidak salah membebel jika untuk kebaikan bersama.Cuma kalau boleh, kurangkan sedikit bebelan anda kerana lelaki memang tidak suka dengar perempuan membebel. Ada juga sampaikan tidak mahu balik rumah sebab tidak sanggup dengar isteri/pasangan asyik membebel sepanjang masa. Fikirkan cara lain untuk menyampaikan apa yang terpekung di hati anda.
3. Belai dengan Manja – Semasa sedang duduk relaks, apa kata anda peluk dia dengan manja atau belai rambut dia. Pasti akan timbul kasih yang amat mendalam.
4. Manjakan Diri Anda – Orang lelaki suka dengan wanita yang manja. Tetapi jangan berlebih-lebih pulak. Sekali-sekala bolehlah berlagak manja, tetapi jangan selalu. Dia pulak naik rimas dan naik geli.
nota: wahai isteri, berilah perhatian kepada suami anda, syurga terletak di tapak kaki suami, insya-Allah berkat di dunia dan akhirat.
Sumber dipetik daripada Facebook Ensaiklopedia Petua Melayu
No comments:
Post a Comment